Followers

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Resepi Jus Mangga Dengan Madu

alt
Minuman paling baik ialah air (kosong) yang bersih. Akan tetapi, bagi yang kurang gemar minum air kosong dan mahukan air yang berperisa, jus buah-buahan merupakan alternatif yang bagus. Jus buah-buahan yang dibuat terus daripada buah-buahan segar (dan tidak menggunakan perasa tiruan) bukan sahaja sedap, malah menyegarkan. Dan yang paling penting, insya-Allah, kita akan dapat khasiat daripada nutrisi dalam buah-buahan tersebut.
Oleh sebab itu, jika sebelum ini kita biasa hidangkan air sirap atau air kordial bersama juadah yang lain, apa kata kali ini kita cuba sediakan jus buah-buahan pula. Jom cuba resipi khas ‘Jus Mangga Dengan Madu’ daripada chef terkenal, Master Chef Sabri Hassan. Selain dapat khasiat daripada buah mangga, kita juga akan menikmati khasiat daripada madu, insya-Allah :)
Bahan-bahan (untuk 2 orang):
  • 3 biji mangga – di buang kulit dan biji
  • 1 cawan yoghurt asli @ Natural yoghurt
  • 1 sudu makan gula secukup rasa 
  • 2 cawan air mineral
  • 3 sudu makan madu lebah asli
 Cara masakan :
01.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam  mesin pengisar dan kisar sehingga larut.
02.Setelah siap, tuang ke dalam jug dan simpan dalam peti sejuk.
03.Apabila tiba waktu makan, tuangkan dalam gelas dan hidang dengan buah Tamar (bersama-sama juadah yang lain).

Tuesday, July 30, 2013

RESEPI PUDING ROTI PELANGI


RESEPI PUDING ROTI MARBLE @ PELANGI

Bahan-bahannya :

~ 4 keping roti
~ 2 biji telur
~ 1/2 cawan susu pekat
~ 170ml susu cair
~ 8gram serbuk agar2 @ sepeket (mama guna 10g agar2 tali)
~ 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
~ 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
~ 3 1/2 cawan air
~ pewarna merah,kuning dan hijau (terpulang masing2)

Cara-caranya

1- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn).

2- Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih.

3- matikan api.

4- Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati.

5- Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis.

6- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

p/s: ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

Selamat Mencuba.

Sunday, July 28, 2013

RESEPI : PUDING KOKTEL


PUDING KOKTEL

BAHAN-BAHANNYA :

~ 1 peket agar-agar tali 24 gm
~ 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
~ 1/2 tin susu cair
~ 6 cawan air
~ 1 tin buah koktel (masukkan dengan air nyer sekali)

CARA-CARANYA :

1. masak agar-agar dengan air hingga hancur & tapiskan
2. masukkan gula
3. masukkan buah koktel dan susu cair
4. masak hingga mendidih & tuangkan ke dalam loyang
5. tunggu sejuk & boleh dimakan sebagai pencuci mulut.

Selamat Mencuba


By www.pendomanhidup.blogspot.com

Thursday, July 25, 2013

Resepi Ayam Masak Merah


Ayam Masak Merah
 

Bahan-bahan ( untuk 4 orang )

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

Cara-cara

Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

By www.pendomanhidup.blogspot.com

Monday, July 22, 2013

RESEPI : PAPRIK CAMPUR


PAPRIK CAMPUR
Bahan2nya :

~ Isi ayam - potong kecil
~ daging - potong kecil
~ sotong - potong kecil
~ udang
~ lobak merah
~ kacang panjang
~ jagung muda
~ tomato
~ bawang putih - ketuk
~ bawang merah - blend / tumbuk halus
~ cili padi - ketuk
~ serai - dititik
~ daun limau purut - koyak2kan
~ sos tiram
~ sos cili
~ kiub ayam
~ garam, gula & perasa
~ tepung jagung dicampur dgn air sikit
~ minyak utk menumis

Cara2nya :



  
www.pendomanhidup.blogspot.com
 
- Panaskan minyak.. tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang tumbuk & serai kacau dan biar sebentar. Masukkan daun limau purut & cili padi.

- Masukkan kiub ayam, isi ayam, daging, sotong, udang & sedikit air. Biar semuanya empuk.

- Masukkan semua sos2 tadi.. dan masukkan jugak semua sayur2 tadi kecuali tomato masuk lambat sket.

- Rasakan masinnya tambah apa2 yg patut.. garam, gula & perasa.

- Masukkan tomato & air tepung jagung utk memekatkan.

- Biar sebentar.. bila dah secukup rasa bolehlah dihidang.

Selamat Mencuba

Saturday, July 20, 2013

Resepi Bubur biji nangka dengan keledek


Bubur biji nangka dengan keledek

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
2 cawan tepung pulut
1 biji keledek saiz sedang-sedang je
Air secukupnya
Pewarna makanan pilihan

BAHAN B
Gula pasir secukupnya-ikut citarasa masing-masing
3-4 cawan santan kelapa-boleh ditambah
Secubit garam
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih-bagi bau harum

CARA MEMASAK :

Gaul semua bahan A dan uli menjadi doh kemudian uli menjadi bentuk biji nangka atau uli jadi bentuk bulat . Rebus air dalam periuk sehingga mendidih . Masukkan adunan tepung yang sudah dibentuk menjadi bentuk nangka tadi . Bila adunan timbul di pemukaan air bermakna dah masak so boleh diangkat dan tos sekejap .

Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil. Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama buah cengkih , daun pandan dan ubi keledek tadi , masak kuah sehingga ubi keledek empuk . Masukkan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam . Akhir sekali masukkan biji nangka bewarna-warni dan kacau semua bahan bagi cukup mesra . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . www.pendomanhidup.blogspot.com

Wednesday, July 17, 2013

Resepi Sagu gula melaka


 
Sagu gula melaka
oleh:نور شالوانا

Bhn2 nya:
1 cwn Sagu
1 ketul Gula melaka
1 tin Susu cair
Garam
Pewarna
Air

Cara2nya:
Rendam sagu sampai kembang,
Rebus dgn sdkt air, pewarna, dan garam.
Tunggu sampai sagu menjadi jernih. Sejukkan.

Gula melaka dihiris2 dan dimasak dgn air sampai gulai cair.
Sejukkan.

Masa nak makan, letak sagu, tuang air gula melaka dan susu cair. Enak dimakan dgn ketulan ais.

Resepi Pai serawa durian


Pai serawa durian
Oleh:Ayu Marni Kamaruzaman

Bahan
Serawa durian di pekat kan.( duk lam peti lama sangat)

Kulit popia

Kuning telur ( gam lekat)

Cara
Serawa duriAn d pekat kat.
Letak d permukaan kulit popia.
Gulung cara berpetak
Sapukan kuning telur di penghujung
Sebelum goreng. Rehat kan didalam peti ais selama 15 minit

Goreng dengan minyak yang sedikit. Hanya untuk rangup kn

Friday, July 12, 2013

Resepi Daging Masak Merah - Thai Style


Daging Masak Merah - Thai Style

Bahan-bahan:

1/2kg daging batang pinang, dihiris nipis. (Jika daging biasa, rebus hingga lembut dahulu).
2 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram *
1/2 sudu besar Nam Pla (sos ikan)*
1 sudu besar sos tomato*
(satukan bahan-bahan *)
garam & gula secukup rasa
minyak masak
daun ketumbar utk hiasan

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, gorengkan hirisan daging hingga kekuningan (separuh masak). Ketepikan.
2. Tumis bawang putih, masukkan cili giling. Kacau hingga cili garing.
3. Masukkan campuran bahan-bahan *. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan hirisan daging semula, kacau. Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Tuesday, July 9, 2013

RESEPI DURIAN CREPE



RESEPI DURIAN CREPE
Oleh: Eyna Haneyna

-selepas beberapa xperiment di jalankan..ini lah resepi terbaik stk ni..
in sha Allah tak lekat..licin ..je..snng nk angkat..cepat masak...

-20gm tpg gndum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian

-masuk sume bhn dlm mngkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..
kalau pekat just tmbh air sikit..
-boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kene hilangkn buih2 tu..dulu
tuk elakkn crepe akan berlubang bila byk buih..
-ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
-layangkan kuali agar adunan sekata..
-masak atas api kecil..
-masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn msa angkat tu
|
FILLING..
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..

-ltkkn fc ltk isi durian ..dan letak lagi fc di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siaapp.

Selamat Mencuba!

Friday, July 5, 2013

RESEPI LAKSA PENANG


 
LAKSA PENANG
Oleh : Noor Sita Binti Hj Pa

BAHAN BAHAN

Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 - 4 senduk cili kisar (ikut kepedasan yg kita nak)
1 - 7 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
1-3 Batang serai (dititik,untuk kurangkan bau hanyir ikan)
Garam
Serbuk perasa

BAHAN HIASAN

Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian tulang diblend dan ditapis airnya.Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan dan serai.Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan serbuk perasa, sesuaikan rasa dan kepekatannya.Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris.

"SELAMAT MENCUBA"

Monday, July 1, 2013

RESEPI DONUT INTI KASTAD


DONUT INTI KASTAD
Oleh:Syahida Othman

BAHAN2 DOH
1/2 KG TPG GANDUM
1/2 CWN SUSU PEKAT
GARAM
2SB YIS+ AIR SUAM
4SB BUTTER
250ML SUSU SEGAR

INTI:
3SB KASTAD
1/2 CWN WHIP CREAM
1 CWN SUSU SEGAR
VANILLA
GULA
- KACAU KASTAD DLM AIR SEJUK SMPAI X BERKETUL, JERANG ATAS API, MSUKKAN SUME BHN LAIN..KACAU SMPAI PEKAT, TUTUP API.SEJUKKAN..

-RENDAM YIS DGN AIR SMPAI BERBUIH..
-MASUKKAN SUME BHN DOH,TUANG SUSU SKET2 SMPAI DOH DH SEBATI & X TERLALU LEMBIK, ULI SMPAI DOH X BERKETUL DAN X MELEKAT PD TGN..
-PERAMKAN DLM BKS, TUTUP DGN KAIN LEMBAP..BIAR SMPAI KEMBANG
-BILA DH KEMBANG, BENTUKKAN BULAT2, SY TERAP GUNA ACUAN BULAT SUPAYA SM BENTUK.. SUSUN DLM DULANG JARAK2 DAN BIAR DIA KEMBANG LG DLM 1-2J BR DIGORENG
- GUNTINGKAN BUCU DONUT, PAIPKAN INTI KASTAD GUNA PIPING BAG KE DLM DONUT..TABURKAN GULA AISING KT ATAS

Resepi Kerabu Pucuk Ubi


 
Kerabu Pucuk Ubi
Oleh:She Bake

Pucuk Ubi Di Celur (rebus)
Cili Api (ditumbuk)
Udang Kering (ditumbuk)
Bawang Merah kecil (di Hiris)
Santan Pekat ( mentah )
Perahan Air limau Nipis

Semua Bahan di Gaul

Resepi Sotong Bakar Percik


 
Sotong Bakar Percik Versi Pemanggang Vantage
Oleh:Naimah Md Ludin

Bahan2 A
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus

cara:
1)cucu bersih sotong dan kelar permukaan atas shj
2)gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak
3)bila sotong dah masak boleh ambik skit percik tadi siram atas sotong..balik2 kan sampai percik agak garing..baki percik siram atas sotong masa hidang dlm pinggan nnti...

Bahan2 percik
2 batang serai (ketuk2 je)kalau nak bland pun boleh
*10 tangkai cili kering (potong pendek n rebus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 - 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit

-bland bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik
-masak sampai agak2 nak pekat,masukkan jus asam jawa/asam keping,pati santan dan perasakan garam gula...biarkan mendidih...carik2n/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
-bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi
*kalau percik tu nak guna ut kayam perlu tambah halia masa bland cili n bhn2 lain tu ya.

Friday, June 28, 2013

Grilled Salmon Salad


Grilled Salmon Salad
Oleh: Yusniza Kassim

Bahan utk Salad:

Tomato
Carrot
Lada Benggala
Kubis Ungu
Daun Salad (semua di atas dihiris halus)

Brokoli & Kubis Bunga (dicelur dahulu)

Mayonis

ikan Salmon & Minyak Bijan (diperap sekejap dengan sos lada hitam@sos tiram sebelum dimasak di dalam kuali)

Siap...Senang & Menyihatkan.

Resepi Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Oleh:Rosnani Abdul Rahman

bahan2:-
3 sudu besar gula pasir utk dijadikan gula hangus(karamel)
4 keping roti gardenia
3 biji telur gred A
2 cwn air suam @(1 cwn susu cair+1 cwn air suam)
1/2 cwn susu pekat manis
1 sudu kecil essen vanilla

cara2:-
buat gula hangus(karamel) dahulu:-
masukkan gula kedalam periuk,masak hingga gula jadi perang(guna api yg kecil je)
kemudian masukkan 1 sudu besar air(hati2 gula panas)
kacau hingga gula sebati dan padamkan api...
tuangkan terus ke dalam loyang...dan ketepikan dulu.........................

panaskan pengukus,kemudian koyak2 kan roti dan blender bersama2 dgn air suam dan susu..
kemudian masukkan telur dan essen vanilla..blend sampai sebati
kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yg brisi gula hangus tadi dan kukus lebih kurang 40-50 mnt atau sehingga masak..
sejuk kan dan boleh dihidang..

Thursday, June 20, 2013

RESEPI ROTI PITA BERSOS


ROTI PITA BERSOS
Oleh:Nurul Suraya Mohd Khazali
 
Bahan2
2 keping daging burger/ayam
2 keping roti pita (potong 2)
timun( potong dadu)
tomato(potong dadu)
bawang besar (potong dadu)
mayonis
sos cili
blackpaper

Cara2
masak daging burger (half cook) kemudian hancurkn(ketepikan)kemudian tumis bawang, timun,tomato yg dipotong td bersama sos cili,mayonis,blackpaper dn terus masuk daging burger td..kacau seketika..potong rotii pita dan isikan..makan panas2...selamat mencuba..

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi...


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi...
Oleh:Rosnani Abdul Rahman
 
bahan2:-
sekilo siput sedut
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inch kunyit hidup
*cili padi ikut suka pedas mana
1 mangkuk santan
1 kiub pati ikan bilis
1 keping asam gelugor
1 btg serai diketuk
sehelai daun kunyit dihiris nipis..
garam secukupnya..

cara2:-
masukkan siput yg dah dibersihkan dan dibuang hujungnya ke dalam periuk dan tuangkan santan
tumbuk lumat bahan yg brtanda* dan masukkan dlm periuk tadi...
masukkan juga kiub ikan bilis dan serai kemudian masak dgn menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak...
kacau sentiasa..kemudian masukkan asam keping..dan garam secukupnya..
taburkan daun kunyit dan tutup api dan boleh lah dihidangkan

Resepi Sotong Sumbat Berkuah


 
Sotong Sumbat Berkuah
Oleh:Sya Syazila

Bahan-bahan:
600 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
3 tangkai daun ketumbar dicincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat( guna kicap ABC...sedappp)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur, separuh bawang,(bg sesiapa yang minat bawang putih boleh la tambah sedikit) daun ketumbar, cili hijau, cili merah dan garam, serbuk cili sedikit bg yg inginkan rasa pedas.... sehingga rata.( nak tambah carrot pun boley...)
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong.(pastikan anda sumbat dengan mampat...x mo ada ruang kosong) Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Resepi Gulai Telur Itik


Gulai Telur Itik
Oleh:Nur Aisyah Syafiqah Murat

Bahan-bahan (5 biji telur itik)
1. 1 biji kelapa (ambil santan pekat dn cair)
2. 3 ulas bawang putih (tumbuk)
3. Halia 2 inci (tumbuk)
4. 3 ulas bawang merah (tumbuk)
5. 1 sudu makan cili kisar
6. asam keping
7. 2 batang serai (ketuk)
8. garam secukup rasa
9. 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan dan panaskn dgn api sederhana. Harus sentiasa dikacau xnak bg santan berketul-ketul.
2. Bila dh cukup panas berhenti kacau dan masukkan telur.
3. Tunggu sehingga telur dh cukup keras baru tutupkn api.
Selamat mencuba
 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.