Followers

Saturday, November 2, 2013

Review Apple iPad Air

ohgeekz-ipad-air-ra1

Review Apple iPad Air

Kami sentiasa membawakan gadget-gadget terkini dan menjadi yang terawal di Malaysia untuk berkongsi bersama anda. Sudah banyak gadget terbaru yang kami berjaya membawa masuk sebelum ianya dilancarkan di sini seperti iPhone 5S, iPhone 5C, Galaxy Note 3, Galaxy Gear, Xperia Z1, Xperia Z Ultra, Sony QX100, Nvidia Shield dan ratusan gadget lagi sebelumnya.

1382058_10152432574334572_1534839836_n

Kali ini, kami menjadi yang terawal untuk membawakan iPad Air untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca Oh! Geekz yang kami sayangi. iPad Air mula dijual di beberapa negara termasuk Singapore pada 1 November dan kami berjaya mendapatkannya pada hari yang sama.

ohgeekz-ipad-air-ra2

iPad Air adalah iPad generasi kelima dan Apple membuat perubahan besar dari segi rekaan tablet utamanya. Badan iPad Air ini sangat nipis, dengan ukuran 7.5mm berbanding 9.4mm sebelum ini. Beratnya juga berjaya diturunkan hampir 200 gram, hanya 469 gram berbanding 662 gram sebelum ini.

Pertama kali memegang iPad Air selepas mengeluarkannya dari bungkusan, memang terasa begitu ringan dan nipis, seakan-akan memegang iPad Mini tetapi dengan skrin yang lebih besar. Saiz badannya juga lebih kecil walaupun mempunyai skrin yang sama besar seperti sebelum ini, 9.7 inci dengan resolusi Retina 2048 x 1536.

ohgeekz-ipad-air-ra3

Sumber http://ohgeekz.com
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.