Rasanya malam ini peminat arena hiburan dihangatkan dengan kisah sensasi pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Pada petang tadi, Aeril telah mengaku sudah bernikah dengan Wawa Zainal pada Februari 2012. Selain itu, Wawa Zainal juga mengaku sudah melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan Aeril.
Namun yang paling menarik dan sudah tentu menjadi tanda tanya adalah mengenai pengakuan Aeril bahawa dia bernikah dua kali dengan Wawa Zainal. Ini kerana mereka mengaku bernikah buat kali kedua pada Februari 2013. Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Aeril dan Wawa melangsungkan pernikahan buat kali pertama pada 25 Februari 2012, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan bersaksikan pengurus Aeril, Shahriman Wahap. Pernikahan buat kali pertama itu tidak mengikut undang-undang, namun sah disisi Syariah kerana menepati Rukun Nikah dan pernikahan mereka itu tidak didaftarkan. Majlis pernikahan pertama mereka diadakan di kediaman pengurus Aeril, Shahriman Wahap di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Pernikahan kali pertama mereka tidak dihebohkan kerana Aeril menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara tersebut kerana Wawa masih lagi terikat dengan kontrak bersama pihak pengurusannya. Namun, apabila Wawa mendapati yang dirinya hamil pada sekitar bulan Januari lalu, dia memberitahu kepada Aeril mengenai perkara ini dan mereka mengambil keputusan untuk bernikah kali kedua mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia. Ini kerana mereka ingin anak yang bakal lahir nanti dapat ‘ber-bin’ nama Aeril. Seterusnya, mereka bernikah buat kali yang kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya. Anak hasil pernikahan Wawa dan Aeril, Ahmad Fakhruddin Attar selemat dilahirkan di Roopi Medical Center, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 24 Ogos yang lalu pada jam 9.25 pagi. Kini anak mereka memasuki usia dua bulan.
Boleh ke macam tu? Bernikah dua kali…?
Dibawah ammboi kongsikan video penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai hukum bernikah dua kali. Jelas UAI, ia bergantung kepada tujuan pasangan berkenaan berkahwin. Jika perkahwinan itu untuk menolak mudarat dan kebaikan orang ramai baru diharuskan syarak. Tetapi kalau saja-saja ‘bermain dengan pernikahan’ maka hukumnya HARAM. Itu yang ammboi faham…. (Jika ada salah silap tolong tegur, ammboi bukan pandai bab ni, ini antara video yang ada kaitan dengan isu kali ini…)