Followers

Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Monday, December 16, 2013

Salji di Jazirah Arab, Tandakan Kiamat Sudah Dekat

Badai Alexa (lensaindonesia.com)

Makkah. Beberapa hari ini salju berturunan di Jazirah Arab setelah badai Alexa menerjang kawasan tersebut. Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahwa hal tersebut telah membuktikan bahwa Muhammad saw. benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt.

Beliau mengatakan bahwa salju adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salju di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, “Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai.”

Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Kita jadi teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz saat perang Tabuk, “Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun.”

Sunday, December 15, 2013

Islam tidak ajar suami bertindak ganas

Muhamad Amiro Safwan Mohd Kamil  
Muhamad Amiro Safwan Mohd Kamil

SUAMI berperanan sebagai pemimpin bagi sesebuah rumah tangga. Sudah tentu rumah tangga lebih bahagia dan diberkati  sekiranya peranan dilaksanakan mengikut lunas-lunas agama.

Islam tidak mengajar keganasan dalam rumah tangga. Sebaliknya menuntut perkahwinan itu dilalui penuh aman damai yang boleh membawa kebahagiaan berpanjangan.

Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam melayan isteri. Baginda menjadi pendengar yang baik sewaktu berbicara dengan isteri. Bahkan baginda tidak pernah mengangkat suara sehingga menimbulkan kurang senang dipihak isterinya.

Baginda juga suami yang ringan tangan di dapur, sering menolong isterinya memasak. Sedangkan pada masa sama Rasulullah adalah Ketua Negara Islam Madinah yang hebat ketika itu.

Kes penderaan terhadap isteri pula ada berlaku bahkan sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW lagi. Lihat sahaja bagaimana seorang isteri kepada pemerintah zalim bernama Firaun yang hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Dia beriman kepada ALLAH akan tetapi berada di bawah kezaliman suaminya sendiri.

Sudah pasti kalaulah keislamannya diketahui suaminya, dia akan dibunuh tanpa belas kasihan. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana penderaan perasaan yang dialami seorang isteri sehingga dia berdoa kepada ALLAH ke atas kezaliman yang dilaluinya.

Seorang suami sama sekali tidak boleh mengabaikan isteri sehingga akhir hayat. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Majah bermaksud: “Ya Rasulullah, Apakah hak isteri yang wajib dijaga oleh suami?

Lalu Baginda bersabda: hendaklah suami memberi nafkah kepada isteri, belanja dapur, pakaian dan rumah, jangan sesekali memukul muka isteri, didiklah isteri dengan cara baik, dan tidak menghina isteri serta tidak meninggalkannya bersendirian kecuali di dalam rumah.”

ALLAH juga menjelaskan tentang kewajipan melindungi golongan wanita atau isteri sebagaimana firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Nisa’ ayat ke-34, bermaksud: “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana ALLAH telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan dengan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada ALLAH dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan ALLAH dan pertolonganNya…”

Berdasarkan dalil di atas fahamlah kita bahawa sama sekali tidak boleh seseorang lelaki atau suami melakukan penderaan atau bertindak ganas ke atas isteri mahupun golongan wanita.
Islam mengajar banyak perkara kepada kita termasuklah bimbingan kepada suami tentang cara mendidik isteri yang derhaka (nusyuz). Pertama melalui nasihat iaitu menegur, berbincang dan berkomunikasi melalui nada senang dan mudah difahami.

Jangan sesekali suami menghamburkan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan isteri walaupun isteri melakukan kesalahan. Nasihatilah isteri dengan bijaksana mudah-mudahan dia berubah.

Kedua, memulaukan dengan mengasingkan tempat tidur isteri. Ini secara tidak langsung memberi pengajaran setelah dinasihati pun masih berdegil. Pengasingan seperti ini dilakukan agar isteri berasa dirinya terabai, maka dia akan meminta kemaafan daripada suaminya.

Ketiga, ALLAH membenarkan suami memukul isteri sekiranya  masih tidak berubah setelah dinasihati dan diasingkan tempat tidur. Namun perlu diingat, pukulan itu bukanlah sehingga menyakitkan , tetapi pukulan ringan bertujuan mengajar.

Penyunting Al-quran Jabatan Penerbitan Al-quran, Kumpulan Media Karangkraf, Muhamad Amiro Safwan Mohd Kamil.

Wednesday, December 11, 2013

(Gambar) Ajaib Cara Anai-Anai Memakan Al-Quran

SubhanaAllah-Anai-Anai-Memakan-Al-Quran-Gambar-3

SubhanaAllah!! Anai-Anai Memakan Al-Quran (Gambar) | Sangat ajaib bila kita melihat gambar yang akan di paparkan di bawah ini. Anai-anai telah memakan Al-Quran yang berusia 100 tahun, tetapi tidak semua dimakannya. Mari kita lihat gambar-gambar di bawah.

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI-ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun keseluruhan kulit naskah Al Quran dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI-ANAI termasuklah TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU. APA YANG MENAKJUBKAN ialah anai-anai tersebut

LANGSUNG TIDAK MENYENTUH HURUF-HURUF ASAL AL-QURAN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB….SUBHANALLAAAH !!!!!!
SubhanaAllah Anai Anai Memakan Al Quran Gambar SubhanaAllah!! Anai Anai Memakan Al Quran (Gambar)
SubhanaAllah Anai Anai Memakan Al Quran Gambar 2 SubhanaAllah!! Anai Anai Memakan Al Quran (Gambar)
SubhanaAllah Anai Anai Memakan Al Quran Gambar 3 SubhanaAllah!! Anai Anai Memakan Al Quran (Gambar)

Tuesday, December 10, 2013

Ulat Dan Najis Keluar Dari Mulut Jenazah


Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini:

Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi perasaan saya tersentuh.
Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya. Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya imam, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini." Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."
Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah. Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter. Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.
Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?
Renungkanlah...

Pada akhirnya setelah semalam merenungkan kisah ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan kongsilah cerita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya. La haula walla quata illa billahialiyi

Monday, December 9, 2013

Angola tutup masjid, bakar al-Quran


LUANDA – ANGOLA. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut,” jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.

“Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini,” menurutnya.
Sinar

Wednesday, November 20, 2013

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

langit biru

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’
3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’ ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ ;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.

Wednesday, November 13, 2013

5 Gangguan Syaitaan Semasa Solat

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus teru-lang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)

Sumber: http://kelabkesenianislam-ukm.blogspot.com/

Wednesday, October 16, 2013

Apabila Aurat Dijaga Hidup Lebih Bahagia


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saat ini ku tulis kisah diri. Bukan untuk meminta pujian atau penghargaan setinggi langit. Hanya doa dipinta agar diri ini dapat istiqamah dengan penghijrahan diri.

Beberapa tahun yang lalu, aku adalah seorang gadis yang berpakaian biasa, cukup sekadar bertudung walaupun baju dan seluar yang dipakai tidak menepati hukum islam. Ini yang dikatakan membalut aurat, bukan menutup aurat.

Pada masa yang sama, solat ku juga tidak terjaga. Sering kali lewat, malah kadang-kadang tertinggal. Bukan aku tidak sedar semua itu adalah salah, tetapi hati ini lemah! Sentiasa termakan pujukan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan hamba Allah.

Benar, ketika itu setiap kali aku keluar dari rumah, ada saja mata-mata nakal yang liar memandang padaku. Pernah juga aku diganggu secara agresif oleh mereka! Pelbagai gangguan lagi yang aku hadapi sepanjang menjalani kehidupan sedemikian. Dan sesungguhnya aku tidak tenang dengan situasi begitu.


Namun, pada suatu ketika, aku mula terfikir sejenak, apakah cara hidup aku seperti ini akan memberi kebahagiaan kepadaku di dunia dan akhirat kelak? Kebetulan, pada saat itu, aku mula bersahabat baik dengan seorang rakan sekuliah aku. Perwatakannya sangat baik, pakaiannya agak sempurna, auratnya tertutup rapi.

Aku berasa sangat tenang melihat beliau. Secara perlahan-lahan tanpa disedari, aku mula mengikuti setiap langkahnya untuk berubah. Mengenakan pakaian yang labuh dan longgar, melabuhkan tudung, kemudian bersarung kaki atau memakai kasut yang bertutup.

Sememangnya diri ini kelihatan begitu indah dalam keadaan seperti itu.. pakaian yang longgar memudahkan aku untuk bergerak, tidak seperti pakaian yang ketat.

Sesuatu yang sangat jelas kelihatan adalah, setiap perbuatan gerak-geri aku tidak menjadi tatapan mata kaum Adam yang nakal lagi seperti dulu! Ke mana sahaja yang aku pergi, tiada lagi gangguan!

Selain itu, bonus istimewa daripada perubahan ini adalah, solat aku semakin terjaga. Walaupun aku tidak tahu adakah sempurna solatku, namun ia tidak lagi sering tertinggal seperti sebelum iniAlhamdulillah, kini amalan bertudung labuh, berpakaian labuh terus menjadi pakaian rutin dalam kehidupanku. Selain itu, aku juga turut membiasakan diri dengan berniqab supaya tidak timbul rasa riak dihati terutama sekali mendapat pujian daripada sesiapa.

Dan yang paling penting, ingin kecantikan yang Allah kurniakan hanya menjadi tatapan buat suami tercinta kelak.

Namun, belum dapat diistiqamahkan, kerana faktor tempat belajar dan keluarga.

Apa yang pasti, setiap yang berlaku dengan izin-Nya itu telah banyak mengubah kehidupanku. Aku berasa amat bahagia dan tenang dengan diri ku yang baru.

Semoga penghijrahan ini diredhai Allah dan mampu istiqamah selamanya. Walau asbabnya adalah teman sebilikku, namun hakikatnya Allah jualah yang membuka pintu hati ini. Sesungguhnya hijrah ini semata-mata kerana-Nya. Semoga aku dan wanita di luar sana dapat menjadi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Adik-adik dan sesiapa saja yang masih dalam keadaan seperti ku dahulu, ayuhlah kita berhijrah! Insya-Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik.

Ingatlah, harga diri tidak mudah tercalar jika aurat terpelihara… kecantikan dan keindahan wanita terpancar apabila auratnya tertutup sempurna.

Saturday, October 12, 2013

Kelebihan Dan Ganjaran Puasa Pada Hari Arafah


Kelebihan Puasa Hari Arafah

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

    “Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”

    (HR Muslim)

2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

    مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

    “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

    Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

    Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”

    (HR al-Bukhari)

3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

    َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

    “Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”

    (HR Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…
- muzir.wordpress.com

Rujukan:

    Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.

    Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.

Friday, October 11, 2013

Penjelasan Hukum Nikah Dua Kali - Ustaz Azhar

Rasanya malam ini peminat arena hiburan dihangatkan dengan kisah sensasi pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Pada petang tadi, Aeril telah mengaku sudah bernikah dengan Wawa Zainal pada Februari 2012. Selain itu, Wawa Zainal juga mengaku sudah melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan Aeril.
Namun yang paling menarik dan sudah tentu menjadi tanda tanya adalah mengenai pengakuan Aeril bahawa dia bernikah dua kali dengan Wawa Zainal. Ini kerana mereka mengaku bernikah buat kali kedua pada Februari 2013. Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.
Aeril dan Wawa melangsungkan pernikahan buat kali pertama pada 25 Februari 2012, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong dan bersaksikan pengurus Aeril, Shahriman Wahap. Pernikahan buat kali pertama itu tidak mengikut undang-undang, namun sah disisi Syariah kerana menepati Rukun Nikah dan pernikahan mereka itu tidak didaftarkan. Majlis pernikahan pertama mereka diadakan di kediaman pengurus Aeril, Shahriman Wahap di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Pernikahan kali pertama mereka tidak dihebohkan kerana Aeril menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara tersebut kerana Wawa masih lagi terikat dengan kontrak bersama pihak pengurusannya. Namun, apabila Wawa mendapati yang dirinya hamil pada sekitar bulan Januari lalu, dia memberitahu kepada Aeril mengenai perkara ini dan mereka mengambil keputusan untuk bernikah kali kedua mengikut proses dan prosedur undang-undang Malaysia. Ini kerana mereka ingin anak yang bakal lahir nanti dapat ‘ber-bin’ nama Aeril. Seterusnya, mereka bernikah buat kali yang kedua pada 4 Februari 2013 di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya. Anak hasil pernikahan Wawa dan Aeril, Ahmad Fakhruddin Attar selemat dilahirkan di Roopi Medical Center, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur pada 24 Ogos yang lalu pada jam 9.25 pagi. Kini anak mereka memasuki usia dua bulan.
Boleh ke macam tu? Bernikah dua kali…?
Dibawah ammboi kongsikan video penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengenai hukum bernikah dua kali. Jelas UAI, ia bergantung kepada tujuan pasangan berkenaan berkahwin. Jika perkahwinan itu untuk menolak mudarat dan kebaikan orang ramai baru diharuskan syarak. Tetapi kalau saja-saja ‘bermain dengan pernikahan’ maka hukumnya HARAM. Itu yang ammboi faham…. (Jika ada salah silap tolong tegur, ammboi bukan pandai bab ni, ini antara video yang ada kaitan dengan isu kali ini…)

Tuesday, September 17, 2013

Tepung Gandum di Malaysia BAHAYA & BerBabi


Assalamualaikum semua

sayan ingin kongsikan berita tergembar kepada semua kawan-kawan saya diluar sana...ini demi kebaikan kita sekeluarga dan rakyat malaysia terutamanya Ummat Islam secara keseluruhannya...


dari sumber yang saya baca...sebenarnya tepung gandum yang berada di Malaysia adalah berbahaya, beracun dan mengandungi vitamin B yang diesktrak daripada si kaki pendek (babi)!!!!
betulkah begitu...?????

yang paling penting : kandungan di dalamya ada vitamin B yang diambil daripada babi..kerana vitamin B ini hanya terdapat daripada lemak rusa, pada pokok dan pada babi sahaja. untuk diekstrak daripada pokok dan rusa memakan belanja yang amat mahal dan susah hendak diperolehi (rusa) maka daripada sumber-sumber yang dipercayai, mereka memasukkan sedikit vitamin daripada babi.. kalau dah nama babi,sedikit atau banyak tetap haram...bagaimana ank-anak kita nie.....adui yay...

yang kedua: ada racun bahan kimia
BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna

putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan
mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan
dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.


benzoyl Peroxide adalah :
· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.

Monday, September 9, 2013

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik?



Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.



Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.

Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.

Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.

Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..

Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.

Sunday, September 8, 2013

Harga barang ketetapan ALLAH


  
Pening aku baca fatwa dari ulamak muda UMNO
Mereka pemamng mengampu kerajaan kerana harta duniadan pangkat semata² 

Baca lah sendiri Fatwa Ulamak Muda UMNO Fathul Bari Bawah ni :-

Dalam dunia ini, tidak ada yang gembira jika terpaksa bayar lebih untuk satu produk yang sama. Tidak ada yang suka harta berkurang sedangkan pekerjaan dan tanggungan kian bertambah.

Semua orang suka kesenangan, keuntungan, rezeki yang lapang, bonus, hadiah, serta pulangan lumayan dari apa yang dibelanjakan. Namun tidak semua harapan itu terealisasi di alam nyata. Realitinya manusia sering diuji dengan perkara yang dibenci.

Dunia bukan syurga yang semuanya ideal. Manusia yang sedar tahu bahawa dunia dicipta sebagai tempat ujian dan mereka melaluinya dengan cara yang Penciptanya redai.

Ini kerana setiap ujian datang daripada ALLAH tidak secara langsung tetapi melalui pelbagai wasilah, sama ada melalui teman rapat, keluarga, pemimpin, orang kaya, dan sebagainya. Buktinya adalah firman ALLAH, “Dan kami jadikan sebahagian kamu ujian bagi sebahagian yang lain, adakah kamu bersabar. Dan Tuhanmu Maha Melihat.” (Al-Furqan: 20)

Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.

Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”

Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.

Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku. Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: ‘Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)

Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, “ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

Sabda Nabi SAW, “Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang.” (Sahih. Al-Tirmizi)

Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. “Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53)

Kita juga dituntut memperbanyakkan syukur, sedekah dan istighfar yang dengannya ALLAH akan tambahkan nikmat dan rezeki. Jika kita melakukannya dengan cara yang benar dan sabar, sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji.

FATHUL BARI 8 September 2013


INI JAWAPAN DARI  DrMAZA 

 

Saturday, September 7, 2013

Kisah Benar ~ Kelibihan Menghafal Al-Quran


Kisah yang saya nak kongsikan dari seorang rakan sekolah, Dr Razmin Ghazali
. . . . . . .

assalamualaikum.. nak share satu cerita pengalaman sahabat yang jadi volunteer doctor di syria. Ini kisah benar.

malam td kami diuji dgn bekalan elektrik yg terputus waktu 2 pembedahan kecemasan sedang dijalankan...dlm kegelapan tu beberapa sukarelawan perubatan menjerit2 minta sesiapa pasangkan lampu. beberapa anggota mujahidin yg berkawal di sekitar hospital lapangan bergegas cuba hidupkan generator.

tp malangnya bekalan minyak habis. Dlm pd tu seorang doctor dr norway ternampak 1 kawasan terang benderang. Doctor tu pun arahkan katil pembedahan n peralatan kecemasan dipindahkan kesitu. Tau tak cahaya terang tu datang dari mana ?

dari seorang lelaki tua buta yg sedang mengaji AlQuran sambil menjaga anak saudaranya yg dipotong kaki....terangnya kawasan tu seperti disimbah cahaya bulan penuh....terang sgt walau xde lampu n kiri kanannya gelap gelita.

kawasan yg terang tu boleh menempatkan 2 katil pembedahan n ruang cukup utk petugas perubatan yg terlibat.. lebih pelik sewaktu kami perlukan bekalan elektrik utk hidup satu mesin yg diperlukan selepas pembedahan. salah 1 plug nampak mcm menyala lampunya.. seorg nurse dr maldives yg terlupa bekalan elektrik sedang terputus terus sambungkan plug tu n hidupkan suis.....lelaki buta tu berasal dr homs.sehari dia mampu khatam Al Quran sekali.setiap hari dia khatam Al Quran. Maha Suci Allah.

dgn kuasa Allah peralatan tu menyala.. sampai pembedahan selesai kami mcm bingung sekejap.lps tu baru tertanya2 mcm mana peralatan tu boleh menyala.kawasan tu boleh terang benderang.

terlalu byk perkara yg ajaib berlaku di sini.
mungkin ini sbbnya para doctor yg m di sini ada yg x nak balik walaupun dah ada kehidupan yg sgt selesa di negara sendiri.

bak kata seorang mujahidin dr bosnia "mcm dah ternampak2 taman syurga"

saat mula2 menjejakkan kaki ke homs mmg kawasan tu dah musnah teruk tp. 1 rasa nyaman masuk dlm jiwa..ajaib sgt.
semalam ada sorang budak perempuan. nama dia somaiyah.umur 7 tahun.dia tanya pd sorang sukarelawan tu knp nangis.sukarelawan tu kata sbb sedih somaiyah dah xde parents. somaiyah tu jwb " awak silap.disisi Allah ayah dan ibu sy masih hidup.mrk bahagia dan mulia".

Sahabat, Allah nak tunjuk Al-Quran itu mampu memberi cahaya. Di dunia pun Allah dah tunjuk. Apa lagi kat akhirat sana.

Kalau rasa bermanfaat, boleh share

Thursday, September 5, 2013

CARA MERAWAT SIHIR ILMU HITAM

Pengertian Sihir
Syeikh al-Azhar membuat penta’rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit disebut :
“Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya.”
Pengertian Sihir Dari Segi Syariah
Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.
Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya
Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan
Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir ke awalannya sehingga merosakkan ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wudu’ atau tetap dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh(khadam) kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan.Maka sejauh mana kekafiran seorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.
Dalil Kewujudan Sihir
Dalil al-Quran:
Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan kepada Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mempunyai kerajaan sihir,sedangkan Sulaiman tidak kafir)tidak mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut,sedangkan kedua-duanya tidak mengajarnya(sesuatu)kepada seorang pun sebelum mengatakan:”sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),sebab itu janganlah kamu kafir.Maka mereka mempelajari dari kedua-dua malaikat itu apa yang dengannya mereka dapat menceraikan antara seorang(suami)dan isterinya.Dan mereka itu( ahli sihir)tidak memberi mudharat dengan sihir tersebut kepada seorang pun melainkan dengan kuasa Allah s. w. t.Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya(kitab Allah)dengan sihir itu,tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir kalau mereka mengetahui.”
Dalil al-Sunnah:
Diriwayat oleh Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah s.w.a. bersabda: “Tidak akan masuk syurga penagih khamar juga tidak akan masuk syurga orang yang percaya kepada sihir sebagaimana halnya tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”.
Pembahagian Sihir
Ulama’telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:
1. Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah 7 bintang.
2. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya’ni jin.
4. Khayal,hipnopsis atau silap mata.
5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan ukuran- ukuran tententu.
6. Menggunakan ubat-ubat khusus ya’ni dalam berbagai-bagai bentuk makanan dan minyak.
7. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan apabila muncul rasa takut maka akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa.
8. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi perkara lumrah di kalangan masyarakat.
Cara Tukang Sihir Mendatangkan Jin
1. Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan
Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan meletakkan kemenyan atau yang sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan tujuan yang di minta.
2. Menerusi penyembelihan.
Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung,ayam atau yang lainnya dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin.Biasanya jin suka dengan warna hitam,kemudian menyembelih tanpa menyebut nama Allah.
3. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
Biasanya tukang sihir menuliskan ayat al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda najis yang lain.Setelah itu,dia mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsur syirik hingga datang jin yang diinginkan.
4. Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik
Ayat al-Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara songsang ya’ni dari belakang ke depan.
5. Menggunakan bintang
Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir menunggu-nunggu kemunculan bintang tertentu kemudian bercakap kepadanya denag bacaan sihir lalu membaca jampi-jampi lain yang mengandungi unsur syirik dan kekufuran kepada Allah.
6. Menerusi tapak tangan
Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai maksudnya.Dengan menggunakan kanak-kanak yang belum baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak dalam keadaan berwudu’ setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak tersebut lalu menggambarkan segi empat kemudian dijampi dengan unsur syirik.
7. Menerusi apa yang dipakai
Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari pesakit apa sahaja yang dipakainya seperti sapu tangan,serban,baju,dan sebagainya kemudian dilanjutkan dengan jampi seperti dengan cara yang lepas.
Mengenali Tukang Sihir
Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda berikut ini pada salah seorang pengubat maka tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir.
Tanda-tanda itu ialah:
1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya.
2. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu dipakai oleh untukdisembelih tanpa menyebut nama Allah;Adakalanya juga melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi(tidak ada penghuni).
3. Memberi azimat-azimat tertentu.
4. Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan bahasa yang tidak difahami.
5. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.
6. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian
7. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.
8. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
9. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh berasap dengannya
10. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
11. Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan.
12. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.
Jenis-Jenis Sihir Dan Pengaruhnya Terhadap Mangsa Dan Cara Rawatan
1. Memisahkan suami isteri dengan sihir
2. Guna-guna atau sihir percintaan
3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)
4. Sihir yang membuat gila
5. Sihir membuat orang tidak bermaya
6. Sihir mendengar panggilan
7. Sihir membuat penyakit
8. Sihir melakukan pendarahan
9. Sihir menahan penikahan
Sihir Memisahkan Suami Isteri
Takrif dan pengertiannya:
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.
Jenis-jenis sihir memisah:
1. Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.
2. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya
3. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya
4. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya
5. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan atau seumpamanya
6. Memisahkan antara suami dengan isterinya
Tanda-tanda sihir pemisah:
1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci
2. Berlaku keraguan antara suami isteri
3. Enggan meminta maaf
4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.
5. Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik
6. Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya
Guna-Guna Atau Sihir Percintaan
Tanda-tanda sihir percintaan:
1. Gejolak cinta yang keterlaluan
2. Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual
3. Sukar mengawal cinta
4. Rindu bayang yang berlebihan
5. Patuh secara membuta tuli
Cara sihir percintaan berlaku:
Pertengkaran suami isteri selalunya belaku,hal itu sudah lumrah kehidupan rumah tangga,dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa.Namun ada beberapa wanita yang tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya.Tindakan ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.
Kesan dari sihir percintaan:
1. Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangkamasa yang lama
2. Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami menbenci isterinya.ini ajkibat tidak mengetahui kebanyakan tukang sihir tentang dasar-dasar sihir
3. Adakalnya seoarang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.
Sebab-sebab sihir percintaan:
1. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri
2. Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
Sihir yang dihalalkan:
Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan oleh Allah, iaitu dengan berhias dan mempercantikkan suami di hadapan suami.Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidag sedap, selalu senyum manis, berkata baik ,lembut,menjaga harta suami,merawat anak-anak dengan kasih sayang,mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
Sihir Memperdayakan Pandangan(Hipnopsis)
Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang,kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramao melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar.Tukang sihir pernah menceritakan kepada saya bahawa dia meletakkan telor di hadapan mereka kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telor bergerak dengan cepat.
Tanda-tanda Hinoptis:
1. Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
2. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya , seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
Sihir Yang Membuat Gila
Tanda-tanda Sihir Gila:
1. Melatur, benggung dan lupa sesuatu.
2. Kacau dalam perbicaraan.
3. Mata kuyu{moyok}
4. Tidak boleh tenang di satu tempat.
5. Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu.
6. Tidak mengambil berat tentang penampilan {selekeh}.
7. Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan adakalanya tidur di tempat- tempat sunyi.
Cara Berlaku Sihir Gila:
Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya ingatan.
Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Tanda-Tanda Sihir Ini:
1. Suka berseorangan.
2. Diam terus.
3. Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.
4. Fikiran meracau.
5. Selalu pening.
6. Selalu lesu dan tidak bermaya.
7. Menutup diri sepenuhnya.
Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya:
Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang disihir dan disuruhkan supaya tinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeramdan menutup diri.Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala{tidak bermaya} pada orang yang disihir.
Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
2. Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
3. Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
4. Selalu was-was.
5. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang mencintainya.
6. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
7. Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Cara-cara berlaku Sihir Ini:
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan tugasnya untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya ketika jaga kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh.
Sihir Membuat Penyakit
Tanda-tandanya:
1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
2. Saraf tersumbat.
3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
4. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
5. Lumpuh menyeluruh.
Cara berlakunya Sihir Ini:
Sekiranya ada orang yang kena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-benar ditempat yang dikehendaki oleh yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan:
Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Adakalanya membiarkannya sehingga adakalanya anggota tubuh berfungsi dan adakalanya tidak. Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh.
Sihir Pendarahan
Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah.
Sabda Rasullulah{s.a.w}:
” Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah”
Pengertian Pendarahan:
Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan istihadah dan dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan.Kemungkinan pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.
Sihir Menahan Pernikahan
Tanda-tandanya:
1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga tengah malam.
3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
4. Banyak berfikir{fikiran melayang}
5. Selalu gelisah waktu tidur.
6. Selalu rasa sakit di perut.
7. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.
Cara berlakunya Sihir Ini:
Tukang sihir menugaskan beberapa jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:
1. Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
2. Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
Rawatan
Orang yang terkena sihir akan menerusi tiga peringkat rawatan.
Pertama: Peringkat sebelum rawatan;
1. Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan kehendak islam.
2. Bersihkan rumah dari sebarang azimat atau penangkal yang ada pada pesakit dan bakarlah azimat tersebut.
3. Jauhkan rumah dari lagu-laguatau alat muzik atau suara muzik.
4. Jangan sekali-kali melakukan perbuatan dosa dan maksiat di rumah itu seperti lelaki memakai emas dan wanita membuka aurat atau menghisap rokok.
5. Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki pergantungan selain daripada Allah.
6. Berwuduk sebelum memulai rawatan dan suruh pula orang yang bersama anda mengambil air sembahyang.
7. Sekiranya pesakit itu seorang wanita, janganlah anda memulai rawatan sehingga anda pastikan dia telah menutup auratnya supaya tidak terbuka ketika rawatan.
8. Janganlah anda mengubati seorang wanita ketika dia dalam keadaan melakukan pelanggaran syariat seperti mendedahkan aurat, memakai wangian atau memakai pewarna seperti wanita-wanita kafir.
9. Jangan anda mengubati seorang wanita melainkan ditemani oleh muhrimnya.
10. Jangan anda masukkan bersama anda orang yang bukan muhrim.
11. Bacalah:
Kedua : Peringkat Rawatan;
Letak tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya dengan tertil dan suara yang kuat.Kemudian baca ayat-ayat berikut :
1. Surah AL-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah : 5
3. Surah Al-Baqarah :102
4. Surah Al-Baqarah : 163 & 164
5. Surah Al-Baqarah : 255
6. Surah Al-Baqarah : 285 & 286
7. Surah Ali Imran : 18 &19
8. Surah Al-A’raf : 54-56
9. Surah Al-A’raf : 122
10. Surah Yunus : 81-82
11. Surah Thaha : 69
12. Surah Al-Mukminun : 115-118
13. Surah As-Shoffat : 1 -10
14. SurahAl-Ahqaf : 32
15. Surah Ar-Rahman : 36
16. Al-Haysr : 24
17. Surah Al-Jin : 9
18. Surah Al-Ikhlas
19. SurahAl-Falaq
20. Surah an-Nas
Ketiga : Peringkat Setelah Selesai Rawatan;
Sekiranya Allah{s.w.t}telah menyembuhkan melalui usaha anda dan dia sudah merasa sihat maka pujilah Allah yang telah memperkenankan usaha dan doa anda. Tingkatkan pergantungan anda kepada Allah supaya Allah memberikan taufiq-Nya kepada anda menghadapi keadaan-keadaan yang lainnya. Janganlah sampai perkara tersebut menjadi kesombongan anda. Pada peringkat ini pesakit terancam disebabkan datangnya sihir baru kerana kebanyakkan orang yang mengerjakan sihir apabila tahu bahawa pesakit telah pergi kepada salah seorang Mu’alij untuk berubat, maka akan kembali lagi kepad tukang sihir untuk menyihirnya lagi. Maka, pesakit hendaklah jangan memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa pun. Selain itu berilah beberapa pembenteng diri berikut ini:
1. Memelihara sembahyang berjemaah.
2. Menghindari lagu-lagu dan muzik.
3. Mengambil air sembahyang sebelum tidur dan membaca ayat Kursi.
4. Bacalah basmalah setiap kali memulai sesuatu.
5. Sesudah sembahyang Subuh bacalah sebanyak 100 kali zikir yang berikut:
“LAAILAAHAILLALAH WAH DAHUULAA SYARIKALAH LAHULMULKUWALAHULHAMDU YUHYI WA YUMIIT WAHUWA A’LAAKULLI SYAIIN QADIR”
6. Mesti membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit atau sekurang-kurang mendengarkanya andainya tidak boleh membaca.
7. Berkawanlah dengan orang-orang yang baik .
8. Jangan tinggalkan zikir-zikir waktu pagi dan petang.
Maklumat-Maklumat Berharga Tentang Sihir:
1. Rasa sakit terus menerus di perut orang yang kena sihir, petanda bahawa sihir tersebut berupa makanan dan minuman.
2. Tidak dapat melakukan secara islam melainkan 2 syarat:
- Istiqomah orang yang melakukan rawatan{mu’alij} dengan perintah Allah s.w.t.
- Keyakinan pesakit atau kemujaraban berubat dengan Al-Quran.
3. Hampirsemua jenis sihir memiliki tanda ini iaitu merasa sesak di dada terutama pada waktu malam.
4. Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatussauda’, lalu anda menggosok di bahagian yang sakit dengan minyak tersebut tiap pagi dan petang.
5. Untuk mengubati orang terkena sihir dan juga kerasukan, anda boleh mengubatinya melalui mendengar kaset yang telah dirakamkan khusus, yang mana dalam kaset tersebut mengandungi ayat-ayat jampi yang boleh menyakitkan jin serta membakarnya didalam tubuh manusia. Apabila pesakit mendengar kaset ini kemungkinan perkara ini akan berlaku seperti berikut:
• Pesakit akan terus pengsan apabila mendengarnya.
• Pesakit akan menunjukkan reaksi ganas apabila mendengarnya.
• Pesakit mungkin terus tertidur.
• Kemungkinan juga kaki pesakit akan merasa sejuk.
Sekiranya perkara ini berlaku biarkan saja pesakit itu dengan izin Allah s.w.t jin akan keluar dari tubuh pesakit tersebut.
6. Antara makhluk kejadian Allah yang ditakuti oleh jin dan syaitan{makhluk halus} ialah sejenis kayu yang dinamakan Kemuning Hitam. Dalam sebuah kitab perubatan kayu ini boleh menyembuh 9999 jenis penyakit dengan izin Allah S.W.T. Antara kegunaan dan kelebihannya sebagaimana dilampirkan.
Wallahu’alam….
Oleh: Ustaz Syarhan Syafie
 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.