Followers

Friday, October 11, 2013

Wawa Zainal Rahsiakan takut dimarahi David Teo


Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan punca mereka menyorokkan perkahwinan adalah kerana takut dimarahi oleh pengurusan MIG. Menurut MalaysianDigest, Wawa menipu mengenai perkahwinan mereka atas dasar darurat iaitu takut dimarahi oleh majikannya, David Teo.
Kata Aeril Zafrel:-
Kami bernikah sebanyak dua kali. Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu.
Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di binkan dengan nama saya.  
Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia 

Pernikahan kali pertama dilakukan di rumah pengurus Aeril Zafrel yang terletak di Petaling Jaya dan dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut. Wawa Zainal dalam keadaan sebak turut mengakui informasi mengenai anaknya adalah benar:-
Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Kami minta maaf kepada semua kerana merahsiakan perkahwinan kami. Kami telah berkahwin dua tahun lepas dan mempunyai seorang anak. Kami menipu kerana ada sebab

 

Wawa Zainal turut menerangkan mengenai kehamilannya:-

Sebenarnya saya mengandung pada Disember 2012 tapi dapat tahu mengenai kehamilan itu pada Januari 2013…Saya terus beritahu Aeril dan kami mempercepatkan proses kursus kahwin dan sebagainya. Alhamdulillah…anak bayi lelaki kami telah selamat dilahirkan dan telah dinamakan sebagai Ahmad Fakharuddin Attar…Di harap dengan pengakuan ini kisah mengenai kami tidak disensasikan lagi.
Kami minta maaf kerana telah berbohong selama ini…Kami berbohong kerana bersebab…Anda juga tahu pihak pengurusan akan memarahi saya jika mereka mendapat tahu saya bercinta, apatah lagi bila berkahwin…Saya buat macam ni sebab menghormati kontrak dan..ya, saya memang takut dengan David Teo
Aeril Zafrel dalam nada tidak berpuas hati mencelah ketika Wawa Zainal membuat permohonan maaf dengan berkata “Oh, media mahu kami minta maaf…“. Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak maklum dengan jelas terhadap apa yang terjadi. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada David Teo mengenai perkara ini. -BNara.

#Bahaya-bahaya... takut dengan bukan Islam plak tu
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.