Followers

Wednesday, October 9, 2013

Drama Sangkar Episode 13 Akhir


Drama Sangkar Episod Akhir

Sangkar membawa kisah dua pelajar bernama Yasmin (Nabila Huda) dan Umar (Nazim Othman) yang membesar dalam suasana kehidupan berlainan. Yasmin dibesarkan ibunya Kamsiah (Azizah Mahzan) manakala Umar pula dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh bapanya iaitu Tuan Syed (Zul Ariffin).

Kedua-duanya mempunyai pemikiran berbeza, namun hubungan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka akrab. Kedua-duanya adalah pelajar bijak dan setelah tamat persekolahan, Yasmin bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Apabila Umar mendapat tahu perkara itu, Umar terus meminta Yasmin untuk memohon bagi pihaknya. Ditakdirkan permohonan kedua-dua mereka berjaya dan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Umar rapat dengan ibu Yasmin kerana tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu berikutan ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya.

Sejak itu dia dibesarkan bapanya yang sering sibuk dengan perniagaannya. Bukan saja tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada bapanya, malah Umar turut benci dengan sikap bapanya yang suka berfoya-foya.

Umar semakin rapat dengan ibu Yasmin apabila dia mendapat tahu wanita itu menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi. Dalam pada itu, setiap masalah yang dihadapi Yasmin akan dikongsi bersama Umar hingga menimbulkan bibit percintaan antara mereka.

Dalam masa yang sama, Umar sanggup melakukan apa saja asalkan Yasmin bahagia dan sentiasa berada di sampingnya. Di samping belajar, Yasmin juga terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambilan untuk mengumpul wang perbelanjaan ibunya dan menolak bantuan daripada Umar.

Yasmin sanggup untuk melakukan apa saja demi ibunya hinggalah pada suatu hari dia terserempak dengan Tuan Syed yang kemudiannya menawarkan pekerjaan di syarikat miliknya. Umar menjadi marah apabila mendapat tahu mengenai perkara itu hingga membawa dia diri ke Sepa­nyol.

Kebencian dan tidak puas hati terhadap bapanya semakin membuak. Bagi Umar, bapanya tidak suka melihat dia bahagia dan sentiasa ingin merampas apa saja yang dimilikinya termasuklah Yasmin.

Apakah keputusan Yasmin apabila mendapat tahu Umar membawa diri ke Sepanyol? Adakah Umar akan beralah dengan bapanya merampas kebahagiaan yang dikecapinya?

Saksikan kesudahan drama 13 episod bermula pada 27 Ogos ini setiap Selasa dan Rabu hanya menerusi slot Ratu di TV9.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.