Followers

Wednesday, October 9, 2013

Exco: Terengganu bebas fahaman Syiah


Syiah menular secara senyap  
Syiah menular secara senyap
 

MARANG - "Saya mengesahkan bagi pihak kerajaan negeri, bahawa negeri Terengganu bebas dari fahaman syiah," tegas Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib.

Kerajaan negeri turut menegaskan tiada individu yang terlibat dan ditangkap berkaitan dengan fahaman Syiah di Terengganu.

"Terengganu bersih dari fahaman ini dan penyebaran risalah pula hanya satu provokasi untuk dilihat seolah-olah Syiah itu berada di Terengganu.

"Tidak ada satu tempat pun di seluruh daerah di negeri ini yang mempunyai kegiatan syiah dan tidak ada seorang pun umat Islam di negeri ini yang mengamalkan fahaman ini, semuanya mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata, enakmen di negeri ini cukup jelas serta tegas dan tidak mungkin fahaman ini akan ada di negeri ini.

Ghazali bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Netbook 1Malaysia di Institut Al-Quran Terengganu (IQ Terengganu) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah IQ Terengganu Datuk Dr Alias Abdullah serta Penolong Pegawai Daerah Marang bahagian Pembangunan Masyarakat, Ahmad Tasnim Mohamed.

Seramai 25 orang pelajar tahun satu syahadat tahfiz IQ Terengganu menerima sumbangan netbook tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ghazali berkata usaha kerajaan negeri untuk menaik taraf IQ Terengganu sebagai sebuah kolej universiti sedang berjalan dan dijangka terlaksana pada 2015.

"Ini merupakan salah satu perkara dalam manifesto BN," katanya. - Bernama
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.