Followers

Wednesday, October 9, 2013

Siti Minta Peminat Doa Cepat Dapat Zuriat

Kuala Lumpur: Sekali lagi isu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil mendapat perhatian apabila diperkatakan peminat di laman sosial Facebook gara-gara sekeping gambar yang menampakkan seolah-olah penyanyi itu berbadan dua.

Bagaimanapun ketika dihubungi semalam, Siti yang terkejut dengan perkembangan itu menafikan yang dia kini hamil. Sebaliknya penyanyi Biarlah Rahsia itu meminta semua peminat mendoakan agar ia menjadi kenyataan.

“Siti pun tidak tahu dari mana mereka mendapat cerita ini, tetapi ada kemungkinan daripada ‘tweet’ seorang peminat menerusi Twitter yang bertanyakan soalan mengenai anak. Terus terang, Siti belum ada rezeki lagi, tetapi minta-mintalah semua doakan agar ia menjadi kenyataan.

“Mungkin juga mereka tak sabar untuk tengok ‘baby’ Siti, tetapi Siti sendiri lagilah tak sabar. Bagaimanapun Siti reda kerana ia ketentuan-Nya dan Siti percaya, perancangan Allah lebih baik,” katanya. Sebelum ini, anak kelahiran Kuala Lipis berusaha untuk mendapatkan anak dengan pelbagai cara, baik moden mahupun tradisional, namun terpaksa akur dengan kehendak Ilahi.

“Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaan-Nya termasuk Siti. Sebagai manusia, Siti tetap berusaha yang terbaik. Bagaimanapun ada atau tidak (anak), Siti dan suami tetap bahagia seadanya bersama serta keluarga dan anak yang sedia ada,” katanya.

Apabila ditunjukkan gambar yang menjadi ‘perhatian’ di Facebook dalam kalangan peminatnya, Siti hanya tertawa kecil.

Foto

“Itu gambar tiga empat tahun lepas, masa Siti tengah menari dan jaket (yang dipakai) tertarik ke bawah hingga menampakkan perut seperti kembung,” katanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.