Terdapat
kisah benar berlaku di Iskandariah Mesir, seorang wanita muda menghina
hukum Allah SWT bab menutup aurat dan mencabar kekuasaan Allah SWT
akhirnya mati dibakar di dunia ini lagi.
Pada
suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat
Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah
Iskandariah Mesir. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi
atau mahramnya.
Gadis
itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun,
nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua?
Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya
sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu
mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada
anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah
menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu,
gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Jika ISLAM itu
BENAR,tempatkan bilikku di Neraka ,Ambil handphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,"
katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang
tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis.
Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh
minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan
diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian
dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah
yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah
kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah?
Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah Rasu-lNya SAW. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Sahabat yang dimuliakan,
Bertaubatlah
kita kepada Allah SWT kerana kematian akan datang bila-bila masa. Kita
boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada
kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke
alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang kufur, siapakah orang yang
kufur itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin.
Apabila enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti seseorang ingin
melawan arahan Tuhan. Jangan cuba mencabar Allah SWT dan menghina ajaran
Islam pasti balasannya akan di terima di dunia lagi dan di akhirat
telah tersedia seksaan api neraka yang amat dahsyat.