Followers

Wednesday, April 18, 2012

KALAU DEMAM JANGAN CARI PANADOL!



KALAU DEMAM JANGAN CARI PANADOL!

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran.

Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis. sini

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.

Nasihat Paling Ideal : Tinggalkan Panadol…..Kembalilah Kepada Perubatan Sunnah ….Kekal Abadi Manfaat Dunia & Ukhrawi :)

Tips: Senyum dan salam adalah budaya hidup di dalam syurga.
Penghuni Syurga sentiasa tersenyum dan saling memberi dan menjawab salam sesama mereka.
Senyum itu indah, salam itu mudah.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.