Followers

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Cara Hilangkan Selulit

altSoalan : Saya Nisa, saya nak tanya, berat saya 45kg dan tinggi 150cm. Masalahnya badan Nisa ni selulit tu agak banyakla, lagi-lagi kat peha, jadi sekarang Nisa cuma buat cardio-like running and cycling sahaja, so adakah selulit tu akan hilang jika saya buat cardio sahaja?
Jawapan :
Nisa, terima kasih kerana sudi menghantar email kepada saya. Biar saya terangkan serba sedikit mengenai isu selulit, bagaimana ia terbentuk dan apa yang Nisa boleh lakukan untuk mengurangkannya.
Apa Dia Selulit?
Selulit sebenarnya adalah lemak pada kulit yang bercantum dengan collagen. Gabungan collagen itulah yang memberikan selulit rupa seperti “cottage cheese” yang Nisa tidak ingini. Selalunya selulit terbentuk pada peha, punggung dan kadangkala pada tangan, betis dan torso atas.
Masalah selulit adalah genetically driven (85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit) dan jarang terdapat pada kaum Adam kerana sel lemak pada kulit lelaki adalah yang lebih jauh daripada lapisan atas kulit. Oleh kerana ia berpunca daripada keturunan, ia juga terdapat pada wanita yang sebenarnya kurus dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Cara Untuk Mengurangkan Selulit?
Malangnya, disebabkan oleh ciri-ciri selulit, hampir mustahil untuk menghilangkan selulit. Apa yang Nisa boleh lakukan adalah mengurangkan lemak!
Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit. Ia tidak hilang 100% tetapi tidak begitu jelas kelihatan.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, biar saya senaraikan pelbagai kaedah untuk merawat selulit (kurangkan lemak) :
  • Liposuction: Ia adalah rawatan untuk buang lemak bawah kulit. Ia mahal dan hanya memberi kesan untuk sementara waktu. Liposuction surgery mempunyai beberapa risiko. Selain itu liposuction tidak mengubah struktur kulit anda. Jadi selulit akan terjadi semula sedikit demi sedikit.
Selain itu, terdapat juga rawatan berikut :
  • Mesin Endermologie: ia banyak digunakan oleh pusat rawatan dan spa. Ia mengunakan roller dansuction tool pada bahagian badan yang mempunyai selulit. Sekali lagi, ia hanya rawatan jangka pendek.
  • Pil Pembentung (Blocker) Collagen. Teori : Kurang collagen maka kurang selulit?
  • Krim-krim dan lain-lain.
  • Gaya hidup sihat! Ini mungkin cara yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak dan kesan selulit.
Kesimpulan
Nisa patut terima hakikat bahawa selulit adalah genetically driven. Rawatan di spa dan pusat kecantikan bukan sahaja mahal tetapi ia hanya untuk jangka masa yang pendek untuk mengurangkan kesan selulit (bukan untuk menghilangkan terus). Nasihat saya adalah Nisa perlu sentiasa jaga pengambilan lemak dengan pengamakan gaya hidup yang sihat dan akhir sekali, terima badan anda seadanya.

Wednesday, July 10, 2013

Burung Paling Bahaya Dan Ditakuti Di Dunia

Burung Paling Bahaya Yang Ditakuti Di Dunia

 
Menurut Guinness Book of Records,Cassowaries adalah burung yang paling berbahaya di dunia, mampu memberi pukulan maut. Mereka sangat tidak menentu, makhluk yang agresif, terutamanya jika cedera atau rasa terrancam. Kehidupan Cassowaries di hutan hujan di Australia dan New Guinea dan sebenarnya haiwan yang cukup malu jika tidak terganggu, tetapi jika anda membuatkan ia rasa terancam anda boleh menerima sepakan maut atau dihiris oleh kuku tajam seperti pisau . Semasa Perang Dunia Kedua, tentera ditempatkan di New Guinea telah memberi amaran untuk menjauhkan diri daripada burung, tetapi sesetengah daripada mereka masih menjadi mangsa.
Cassowaries ini juga merupakan salah satu haiwan yang paling sukar untuk di jaga di Zoo kerana kecederaan yang kerap dialami oleh penjaga Zoo yang menjaga mereka. Saya suka burung yang boleh menjaga dirinya sendiri, tetapi, malangnya, ini tidak dapat membantu sangat terhadap kekejaman manusia dan ia berada dalam senarai spesies terancam..







Tuesday, July 9, 2013

5 Punca Mata Anda Cepat Letih

altMungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot ‘sphincter’ dan ‘dilatory’ untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.
- Artikel iluvislam

Monday, July 8, 2013

10 Tips Mudah Berdiet

altAnda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)

Thursday, July 4, 2013

Khasiat Mangga – Bukan Sekadar Sedap

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuhan-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula) kematangannya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (al-An’aam [6]: 99)
Di dalam ayat-ayat Al-Qur`an, Allah menyuruh manusia supaya memperhatikan keberagaman dan keindahan disertai seruan agar merenungkan ciptaan-ciptaan-Nya yang amat menakjubkan.
Al-Qur`an menyebutkan sejumlah buah-buahan yang oleh ilmu pengetahuan modern ditegaskan memiliki khasiat untuk mencegah beberapa jenis penyakit. Antaranya adalah kurma, anggur, zaitun, tin, dan delima.
Terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang memberikan manfaat pada tubuh manusia dalam berbagai cara, juga enak rasanya seperti buah mangga.
Mangga merupakan tanaman yang lazimnya ditemui di kawasan Asia. Secara ilmiah ia dikenal dengan nama Mangifera Indica dan digolongkan ke dalam kelompok suku Anacardiceae. Pohon dari tanaman mangga berupa kayu dengan ketinggian batang yang mampu mencapai angka maksimal 40 meter.
iuvislam
Jus mangga, jus yang digemari ramai
Secara tradisional, tanaman mangga boleh digunakan untuk mengubati luka dan dapat digunakan untuk merawat infeksi yang disebabkan oleh bakteria. Apabila seseorang mengalami luka, maka daun mangga diambil lalu dikemam dan diletakkan pada luka tersebut. Bagi individu yang mengalami ulcer pada bagian perut, tanaman ini juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit tersebut.
Ini terbukti dengan kajian secara saintifik di mana para saintis mengisolasi struktur antibakteria yang boleh membunuh bakteria dan struktur antiinflamasi yang dapat menyembuhkan luka. Disamping itu, para saintis juga dapat mengisolasi struktur antiulcerogenic pada tanaman tersebut yang dapat menyembuhkan ulcer pada perut.
Secara saintifik, tanaman mangga mengandung vitamin C, vitamin A, vitamin B6, vitamin E, pektin, fosfor, kalium, magnesium, astragalin, betakaroten, quercetin yang sangat diperlukan oleh tubuh. Berkat kekayaan komponen, mangga mempunyai pelbagai khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan badan.
Malah sehingga kini, para saintis masih lagi mengkaji dan merungkai 1001 khasiat dari buah mangga. Antara khasiat yang ditemui adalah:

 1. Mencegah kanser

Buah mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.

 2. Menurunkan kadar kolestrol

Buah mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari penyakit obesiti.

 3. Menyihatkan Mata

Vitamin A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.

4. Membantu pencernaan dalam tubuh

Mangga memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan

5. Mencegah strok

Mangga mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan  tekanan darah menjadi stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.
iluvislam
Sedap dan berkhasiat

6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori

Mangga kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.

7. Menghaluskan kulit

Buah yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.

 8. Melegakan panas dalam

Mangga juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa fakor  dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan faktor faktor lain, seperti : kekurangan vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan penyakit panas dalam lebih cepat.

Monday, July 1, 2013

Kesihatan Nikmat Yang Sangat Berharga

Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadis :
“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”
Bahkan Baginda sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa’.
Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah amat menitikberatkan kesihatan manusia dari segi kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Setiap sesuatu yang dihalalkan syariat sudah pasti dapat memanfaatkan manusia manakala setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah disebabkan Allah mengetahui ia amat memudaratkan kesihatan manusia.
Pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’ dapat dinilaikan bahawa penjagaan makan minum sangat penting untuk kesihatan manusia. Apabila seseorang individu itu mengetahui konsep penjagaan kesihatan, mereka akan dapat mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.

Halalan Toyyiba

Islam menyeru umatnya supaya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal (‘halalan’) dan baik (‘toyyiba’) atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang.
iluvislam, halal
Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

Elak Obesiti

Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minum tetapi jangan berlebihan. Konsep berlebihan dalam pengambilan makanan ini telah diperakui oleh doktor bahawa makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti atau gemuk.

40 Kali Kunyah

Rasulullah s.a.w juga mengajar umatnya dalam sunnah Baginda supaya mengunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali kunyahan. Hal ini demikian supaya makanan yang kita kunyah akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. Di samping itu juga, amalan kunyahan makanan ini dapat mengehadkan kita daripada makan secara berlebihan.

Air Putih

Bagi minuman pula, air putih adalah sebaik-baik minuman yang perlu kita minum untuk kesihatan dalaman kita. Hal ini demikian kerana air putih dapat menyerap apa yang kita makan di samping membantu mempercepatkan proses penghadaman. Selain itu, air putih juga dapat membuang segala toksin dan kolesterol yang terdapat dalam badan kita.
iluvislam, air putih
Oleh itu, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari. Pada awalnya, memang sukar untuk kita amalkan secara mendadak, akan tetapi apabila kita ‘istiqamah’ ataupun melakukan amalan ini secara berturut-turut, amalan ini akan menjadi kebiasaan demi kesihatan dalam jangka masa panjang.

Senaman

Demi menjamin kesihatan yang baik, Islam juga menyeru supaya kita memberi hak pada setiap anggota tubuh badan agar dapat mencegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam sehari, badan kita perlu dilatih dengan senaman supaya kita menjadi lebih sihat dan aktif bekerja. Pergerakan badan yang kerap amat penting bagi membantu sistem dalaman dalam badan kita dan juga menjana minda yang cerdas.

Rehat

Walau bagaimanapun, kita juga diberi hak untuk rehat misalnya tidur. Dalam Islam, tidur itu merupakan satu ibadah. Badan kita perlu berehat melalui tidur pada malam hari selama lapan jam sehari bagi membantu proses perkumuhan.

Kesihatan Rohani

Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian ilmu yang berfaedah akan terasa seperti jiwa di dalam kekosongan. Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah dan masyarakat sekeliling.

Nikmat Sihat Wajib Disyukuri

Nikmat kesihatan sangat penting dalam kehidupan seharian bagi seseorang individu. Namun, tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dalam erti kata lain, dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Thursday, June 27, 2013

BAHAYA AJINOMOTO BAHAYA

AJINOMOTO BAHAYA
Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”


Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.


Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus

Wednesday, June 26, 2013

Tips Diet Untuk Kekal Muda

altAdakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?

Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.
 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.