Followers

Thursday, December 5, 2013

Tuntutan Nafkah Rita RM5,392 Sebulan Tak Munasabah – Aidil


Pasangan sensasi Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan pernah menimbulkan banyak kontroversi tentang rumahtangga mereka hinggalah sah bercerai pada awal September lalu.

Kini Rita dalam proses untuk menuntut nafkah untuk dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin & Airit Qaqa Arjuna hasil perkongsian hidup bersama Aidil, namun tuntutan sebanyak RM5,392 itu dianggap tidak munasabah dan berlebihan oleh Aidil.

Menurut Aidil jumlah tuntutan yang diminta Rita sudah melampaui perbelanjaan asas sebenar anak-anaknya. Aidil juga menolak wujudnya kos susu dan lampin pakai buang kerana anaknya sudahpun makan makanan pejal dan sudah pandai pergi ke tandas dengan sendiri terutama anak pertama.
"Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah. Saya ada mengirim cek bernilai RM3,000 kepada Rita namun tidak dituntut dan cek dikembali malah Rita enggan menerima bayaran nafkah melalui cek CIMB bertarikh 19 Mac 2012.” kata Aidil Zafuan."
Aidil juga menambah biarpun dia memerima gaji bulanan sebanyak RM10,000 sebagai pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) ia juga mempunyai tanggungan lain iaitu ibubapa, hutang peridadi dan keperluan sendiri, malah tidah tidak pernah mengabaikan nafkah anak-anaknya yang diperuntukkan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Tambah Aidil lagi, sebelum ini Rita tidak pernah mengadu atau memberi respons mengatakan wang yang diberikan itu tidak mencukupi.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.