Annuar Musa
[Dikemaskini] TIDAK sampai seminggu senarai rasmi 24 pemain The Red Warriors (TRW) untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan diumumkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), namun masih ada lagi segelintir pasukan bertindak menerusi ‘pintu belakang’ untuk ‘mencuri’ pemain Kelantan.
Situasi tersebut jelas mengundang rasa kecewa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan tindakan tersebut langsung tidak bermoral dan membelakangi peraturan bola sepak negara.
“Ibarat kita baharu selesai bertunang, sudah nikah gantung dan hanya tunggu hari pendaftaran sahaja tetapi masih ada (pasukan) lagi yang hendak ambil pemain Kelantan. Saya setuju sangat jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperketat bukan sahaja peraturan tetapi juga soal etika.
“Adalah tidak beretika apabila pemain yang telah diumumkan menjadi barisan sesebuah pasukan negeri, tetapi masih ada (berlaku) rundingan di belakang. Kalau ada (hendak pemain), datanglah berunding kelab dengan kelab,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, senario bola sepak negara ketika ini, di mana sesebuah kelab atau pasukan yang dilihat lebih gemar mengadakan rundingan terus dengan pemain disifatkan hanya menguntungkan sebelah pihak.
“Kelab mesti berunding dengan kelab. Bila setuju, baharu kelab kena tanya pemainnya hendak pergi atau tidak. Kalau setuju, baharu runding soal gaji pemain tapi antara kelab dengan kelab kena bayar jugalah,” katanya.
Tegas Annuar, tempias tersebut dirasai Kelantan yang tidak mendapat sesen pun meski pun ramai pemain utama mereka dipancing pasukan lain untuk beraksi pada saingan Liga-M musim depan.
“Kalau di England, jika kita jual tiga pemain, itu sudah cukup untuk tanggung perbelanjaan semusim. Ini sangat tidak kena, jika kita hendak tengok liga kita lebih maju, semua aspek ini perlu diperkemas.
“Pertama, saya berpendapat tawaran gaji tidak boleh diadakan secara terbuka kerana akan timbul bidaan antara satu sama lain. Hari ini gaji pemain tempatan melebihi pemain import sedangkan kualiti mereka tidak setanding dengan pemain asing,” katanya.
Menurutnya, senario bola sepak negara ketika ini, di mana sesebuah kelab atau pasukan yang dilihat lebih gemar mengadakan rundingan terus dengan pemain disifatkan hanya menguntungkan sebelah pihak.
“Kelab mesti berunding dengan kelab. Bila setuju, baharu kelab kena tanya pemainnya hendak pergi atau tidak. Kalau setuju, baharu runding soal gaji pemain tapi antara kelab dengan kelab kena bayar jugalah,” katanya.
Tegas Annuar, tempias tersebut dirasai Kelantan yang tidak mendapat sesen pun meski pun ramai pemain utama mereka dipancing pasukan lain untuk beraksi pada saingan Liga-M musim depan.
“Kalau di England, jika kita jual tiga pemain, itu sudah cukup untuk tanggung perbelanjaan semusim.
"Ini sangat tidak kena, jika kita hendak tengok liga kita lebih maju, semua aspek ini perlu diperkemas.