Followers

Tuesday, December 10, 2013

6 Gambar Majlis Berinai Che Ta & Zain Saidin



Malam tadi berlangsungnya satu majlis berinai yang cukup meriah bagi pasangan bakal pengantin sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Majlis yang diadakan dengan cukup eksklusif di Ndah Mahligai, Shah Alam ini dihadiri seramai 200 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, kenalan terdekat dan rakan artis.

Pasangan ini kelihatan begitu anggun mengayakan busana kebaya moden berwarna ungu gelap hasil rekaan dari Rizman Ruzaini manakala busana kedua pula berona putih rekaan Bianco Mimosa. Majlis berinai ini kelihatan cukup grand sekali bahkan boleh dianggap sudah seperti majlis persandingan.

Malam ini Che Ta mengenakan barangan kemas mewah permata delima yang terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang gelang tangan bernilai 6.5juta.

Sementara itu, ditanya perasaan anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy apabila ibunya bakal mengakhiri zaman janda, ternyata Ammar gembira dan berharap kebahagiaan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.
“Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati,” katanya.



Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.