Remaja yang dikatakan hilang di Villa
Nabila, Izzat Izzudin Husin telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor
Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.
Beliau telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato' On untuk merakam kenyataan.
Semalam kecoh di seluruh Malaysia kes kehilangan remaja di Villa Nabila dan kini segalanya telah selesai.
Maklumat ini diterima daripada sumber Mazidulakmal Sidek dan satu sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor pada hari ini untuk memberitahu perkara sebenar.
Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan.
Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai.
Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.
Turut berada di rumah flat itu ialah seorang gadis yang didakwa teman wanita Izzat.