Followers

Wednesday, November 6, 2013

Gambar teman wanita suspek samun diedar

Foto teman wanita suspek samun diedar 
Teman wanita suspek utama kes samun kedai emas ini dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan gambar teman wanita, suspek utama yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Setapak, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, wanita yang dikenali sebagai Norena Lamuddin @ Hasnah Hassan, berusia 27 tahun, dipercayai bergerak dengan menggunakan kad pengenalan palsu.

“Wanita berasal dari Lambitan, Filipina itu kini diburu kerana menyimpan 83 utas rantai emas yang dilarikan suspek utama dari kedai emas terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya menemui 10 utas rantai emas selepas menangkap dua individu, termasuk suspek utama, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Ahad lalu.

“Orang ramai yang mengenali wanita berkenaan diminta tampil di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Pihaknya percaya wanita berkenaan masih berada di Lembah Klang," katanya.

Sebelum ini, polis menahan seorang penyelia sebuah syarikat keselamatan berusia 51 tahun dan rakan kepada suspek utama, berusia 32 tahun, dalam serbuan di rumah masing-masing di Shah Alam dan Sentul.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.