Kasih ibu membawa ke syurga, lantaran itu dua ibu muda yang baru
dikurniakan cahaya mata pertama, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 25 dan Irma
Hasmie, 31, sanggup berkorban mengetepikan impian dan cita-cita mereka
bagi memastikan putera tercinta mendapat perhatian dan kasih sayang
sepenuhnya.
Memey yang mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada September 2011 dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim yang kini berusia lapan bulan. Irma pula yang menamatkan zaman solonya dengan ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer pada Julai 2012, juga melahirkan seorang putera, Redza Syah Irfhan berusia enam bulan.
Menurut Memey, dia terpaksa membataskan aktiviti seninya kerana mahu melihat Darwisz membesar depan matanya sendiri.
“Kehadiran Darwisz mengubah keseluruhan hidup saya. Walaupun sebaik saja habis berpantang, saya menerima banyak tawaran berlakon, namun ada yang saya tolak kerana tidak mahu meninggalkan Darwisz lama-lama apatah lagi dia menyusu badan.
“Darwisz adalah anugerah Allah SWT yang paling berharga dan saya tak boleh abaikan amanah Allah itu kerana minat. Kali pertama menatap wajahnya yang comel dan menatang tubuh kecilnya, saya tidak takut, malah, saya menjaganya sendirian.