Followers

Monday, October 14, 2013

Pakar sahkan Yasser Arafat diracun


Paris: Pakar radiasi Switzerland mengesahkan mereka menemui kesan bahan kimia polonium pada pakaian yang dipakai bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Yasser Arafat, sekali gus menyokong andaian bahawa beliau mati akibat diracun.

Dalam satu laporan yang disiarkan akhbar The Lancet yang disiarkan hujung minggu lalu, pasukan itu mendedahkan butiran saintifik terperinci sebagai sokongan kepada kenyataan media tahun lalu, bahawa mereka menemui polonium pada barang kepunyaan Arafat.

Arafat meninggal dunia di Perancis pada 11 November 2004 ketika berusia 75 tahun, tetapi doktor tidak dapat menyatakan secara khusus punca kematian beliau. Tiada bedah siasat dijalankan ketika itu sebagai memenuhi permintaan balu beliau.

Mayat Arafat digali semula pada November 2012 dan sampel diambil bagi menyiasat sama ada beliau mati akibat diracun.

Siasatan diteruskan dan diselia secara berasingan di Perancis, Switzerland dan Russia.
AFP
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.