Followers

Monday, September 23, 2013

Sindiket DVD Cetak Rompak Tumpas


SHAH ALAM, 23 Sept – Menjadikan rumah mewah sebagai tempat penyimpanan DVD cetak rompak akhirnya terbongkar setelah pihak polis membuat serbuan di Petaling Jaya dan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Myanmar Jumaat lalu.

Ekoran daripada soal-siasat pihak polis menahan seorang lelaki dan seorang perempuan warga tempatan berumur lingkungan 25 dan 41 tahun dan merampas 52 kotak yang mengandungi ribuan keping DVD tanpa Sijil Perakuan B, sepucuk pistol tiruan bersama peluru plastik dan peluru bebola besi, sarung pistol dan gari.

Dalam sidang media Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan berkata kes akan disiasat dibawah Seksyen 6 akta Penapisan Filem 2002 dan kesemua suspek direman sehingga esok.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.