Followers

Sunday, September 22, 2013

Anggota Polis maut dihentak batu di kepala oleh anggota kongsi gelap ketika Ops Cantas

Gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis yang sedang menjalankan Ops Cantas Khas maut selepas dihentak dengan batu di kepala oleh seorang anggota kongsi gelap di Melaka, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan menahan sebuah kereta dinaiki tiga lelaki sebelum dua daripada mereka ditahan, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam belukar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika mengesahkan perkara itu berkata, ketika mangsa mengejar seorang suspek itu, berlaku bergelutan sebelum anggota polis dihentak dengan batu dan disahkan meninggal dunia.
#Takziah kepada keluarga anggota polis. Penjenayah bakal menerima balasan setimpal
Comments
1 Comments

1 comments:

plagiart™ said... [Reply]

berkunjung....salam BW

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.