Followers

Saturday, September 14, 2013

Sani Pelajar Pertama Tersingkir AF 2013


Konsert pertama Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang dijangkakan ramai pihak bahawa tidak akan berlaku penyingkiran telah mencipta kejutan apabila mengumumkan Sani sebagai pelajar pertama tersingkir.

Sani atau nama sebenarnya Kamsani Bin Jumahat yang merupakan salah seorang dari dua peserta dari Singapura terpaksa meninggalkan akademi setelah mendapat AFUNDI terendah berbanding 11 saingannya yang lain. Sani dalam konsert pertama ini telah menyampaikan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor yang telah diberikan gubahan muzik baru.

Penyingkiran Sani diumumkan oleh Inspirer AF2013, Faizal Tahir dalam konsert yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya.

Sewaktu di awal konsert, kedudukan Sani kelihatan lebih kukuh kerana Nabila merupakan pelajar yang mendapat undian terendah sebelum konsert bermula.

Konsert pertama AF2013 ini dihoskan oleh Zizan Razak dan pembukaannya menyaksikan kesemua bintang AF2013 menyampaikan lagu Anti Graviti. Tiga pengkritik tetap kali ini ialah Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.

Dengan penyingkiran Sani itu, kini tinggal 11 bintang bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI (3/5/10/20) untuk (3/5/10/20 undian) ke 32777.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan AF2013 serta barisan bintang-bintangnya menerusi AF Buzz yang akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam, Diari AF bermula Selasa hingga Khamis, jam 9 malam serta Terus Gempak... Inilah AF2013 (TGI AF2013) pada hari Jumaat jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan dalam bentuk HD di Maya HD (saluran 135). Sumber murai.com.my
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.