Followers

Thursday, September 5, 2013

Resepi Jus Mangga Dengan Madu

alt
Minuman paling baik ialah air (kosong) yang bersih. Akan tetapi, bagi yang kurang gemar minum air kosong dan mahukan air yang berperisa, jus buah-buahan merupakan alternatif yang bagus. Jus buah-buahan yang dibuat terus daripada buah-buahan segar (dan tidak menggunakan perasa tiruan) bukan sahaja sedap, malah menyegarkan. Dan yang paling penting, insya-Allah, kita akan dapat khasiat daripada nutrisi dalam buah-buahan tersebut.
Oleh sebab itu, jika sebelum ini kita biasa hidangkan air sirap atau air kordial bersama juadah yang lain, apa kata kali ini kita cuba sediakan jus buah-buahan pula. Jom cuba resipi khas ‘Jus Mangga Dengan Madu’ daripada chef terkenal, Master Chef Sabri Hassan. Selain dapat khasiat daripada buah mangga, kita juga akan menikmati khasiat daripada madu, insya-Allah :)
Bahan-bahan (untuk 2 orang):
  • 3 biji mangga – di buang kulit dan biji
  • 1 cawan yoghurt asli @ Natural yoghurt
  • 1 sudu makan gula secukup rasa 
  • 2 cawan air mineral
  • 3 sudu makan madu lebah asli
 Cara masakan :
01.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam  mesin pengisar dan kisar sehingga larut.
02.Setelah siap, tuang ke dalam jug dan simpan dalam peti sejuk.
03.Apabila tiba waktu makan, tuangkan dalam gelas dan hidang dengan buah Tamar (bersama-sama juadah yang lain).
Comments
2 Comments

2 comments:

elis said... [Reply]

Wahhh...saya suka resepi kat sini..terutamanya..air jus mangga ni...nnt saya nak buat jugak la..tapi saya akan tambahkan campuran ESP Shaklee supaya ia lagi berkrim dan berkhasiat.

nanti jemput la baca blog saya dan kita bole tukar2 pendapat..

PAK KARDI said... [Reply]

ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI DARWO DI NMR (0 8 5 3 2 5 2 9 1 9 9 9) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20xTERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT




ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP KI DARWO DI NMR (0 8 5 3 2 5 2 9 1 9 9 9) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20xTERBUKTI TRIM’S ROO,MX SOBAT

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.