Followers

Thursday, September 5, 2013

Jam Tangan Samsung Galaxy Gear


OhGeekz-Galaxy Gear
Selain Galaxy Note III dan Galaxy Note 10.1 (2014), Samsung menarik perhatian ramai dengan pelancaran jam tangan pintar Galaxy Gear.

Galaxy Gear memudahkan kerana ianya sentiasa bersambung dengan peranti Galaxy anda. Ia akan memberi notifikasi mesej, panggilan, email dan lain-lain kepada penggunanya.

Rekaannya nampak kemas, tidak besar dan buruk seperti gambar prototaip yang tersebar sebelum ini. Skrinnya bersaiz 1.63 inci dan mempunyai resolusi 320×320.
OhGeekz-Galaxy-Gear
Selain itu, Galaxy Gear dilengkapi dengan kamera 1.9 megapiksel pada talinya, dua mikrofon untuk merakam suara dan menjawab panggilan, Bluetooth 4.0, 512MB RAM dan memori 4GB. Samsung mengatakan baterinya dapat bertahan sehingga 25 jam dalam mod sedia (standby).

Fungsinya agak baik dengan sokongan S-Voice, panggilan hands-free, beberapa sensor kesihatan dan bersukan. Galaxy Gear juga menyokong aplikasi yang boleh dimuat turun daripada pautan khas yang boleh diakses melalui peranti Galaxy. Buat masa ini, lebih 70 aplikasi sudah boleh dimuat turun termasuk Path, Runkeeper dan Evernote.

Galaxy Gear ini akan mula dijual bersama-sama Galaxy Note III pada 25 September ini dengan harga $299 (RM 980).
OhGeekz-GalaxyGear
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.