Followers

Wednesday, September 4, 2013

Polis Buru Uploader KL Gangster 2


Polis menyerahkan kes mensabotaj filem KL Gangster 2, yang dimuat naik di laman video perkongsian YouTube sebelum tarikh penayangan, kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis menerima laporan berhubung kes filem arahan pengarah terkenal, Samsul Yusof, itu pada 4 petang Isnin lepas yang dibuat bapanya Datuk Yusof Haslam.

Beliau berkata, polis sudah meneliti laporan itu dan mendapati ia lebih menjurus kepada skop siasatan SKMM dan KPDNKK.


"Kita dapati ia lebih mirip kepada dua agensi terbabit dan sudah serah kepada mereka kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

"Walaupun siasatan sudah dirujuk kepada dua agensi berkenaan, kita masihmembantu mereka untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam memuat naik filem itu di YouTube," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Syed Ismail berkata dalam laporan sama, Yusof turut mendakwa filem itu juga sudah dibuat dalam bentuk video cakera padat (VCD) dan dijual di pasar malam.

"Kita sudah arahkan anggota kita untuk buat pemeriksaan di kawasan pasar malam bagi menyiasat dakwaan itu," katanya, sambil menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat keranasiasatan masih di peringkat awal.

Filem itu dijangka ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober.

Samsul menerusi Facebook miliknya sebelum ini memberitahu Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit memuat naik dan mengedarkan filem itu di mana-mana media. Sumber Bernama
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.