Followers

Saturday, September 21, 2013

KL Zombi Full Movie 2013




Bertarikh 29 Ogos 2013, merupakan hari pertama tayangan filem KL Zombie arahan Woo Min Jin yang merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari novel Zombijaya. Skrip dan Cerita Asal filem ini ditulis sendiri oleh penulis novelnya iaitu Adib Zaini dan Woo Ming Jin sendiri.
Menariknya, filem ini mengunakan teknik solekan khas daripada team Ella Sandera untuk mewujudkan watak zombi yang nampak lebih real. KL Zombi merupakan sebuah filem yang berasaskan “escapism” dan mempunyai pelbagai ganre seperti seram, komedi, dan aksi. Pengambaran filem ini telah dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.
SINOPSIS:
KL Zombi mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur. Watak utamanya, Nipis yang dimainkan oleh Zizan Raja Lawak terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan dirinya sendiri serta rakan-rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak tersebut.
Adaptasi : Novel Zombiejaya
Skrip & Cerita Asal : Adib Zaini / Woo Ming Jin
Pengarah : Woo Min Jin
Barisan Pelakon
: Zizan Razak sebagai Nipis
: Siti Saleha sebagai Nora
: Zain Hamid sebagai Aliff
: Izara Aishah sebagai Ana
: Iedil Putra sebagai Kamarul
: Faezah Elai sebagai Sofea
: Azhanrani sebagai Azman
Pelakon Kanak-Kanak
: Afiq Izuddin sebagai Afiq
: Nur Syafiqah sebagai Lisa
Dibantu Oleh
: Usop Wilca sebagai Bro Khalid
: Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Farouk
: Yus Raja Lawak sebagai Boroi
: Fadzli Daniel Ali sebagai Zaini
: Miau Miau sebagai Mrs Khoo
: Jagen sebagai Devan
: Buzen Hashim sebagai Din
Kenapa filem ini wajib tengok adalah kerana barisan para pelakon yang berkaliber ditambah dengan suntingan pengarah dan pengarang novel Zombijaya sendiri yang akan membuatkan filem ini bertambah menarik. Apa yang paling penting, teknik solekan khas keatas watak-watak zombi merupakan satu kelainan yang cuba ditonjolkan. Melalui teknik solekan yang profesional mampu membuat filem ini seolah-olah setanding dengan filem fiksyen dari luar negara. Sudah pasti filem ini mampu membuatkan para penonton berpuas hati.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.