Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof. Pelakon
cantik, Fouziah Gous selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan
hatinya Zhafran Yusof sekitar jam 9.46 malam Sabtu dengan sekali lafaz
di hadapan Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki, Ketua Imam Masjid
Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa mertuanya sendiri, Mohamad Khairi Abu
Hassan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor dengan
mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Majlis
tersebut turut dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.
Selain mas dan wang hantaran, kedua-dua pihak pengantin juga
berbalas-balas dulang dengan lelaki menerima tujuh dulang hantaran
dibalas pula sembilan dari pihak perempuan, dipetik dari rotikaya.
Kesemua dulang yang diterima lelaki berupa sirih junjung, sebentuk
cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch
berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel
dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma.

Bagi perempuan pula, mereka menerima sirih junjung, set barangan kemas
dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan
telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan
coklat.
Tahniah admin ucapkan kepada pasangan Fouziah Gous dan Zhafran Yusof
kerana akhirnya bergelar suami isteri yang sah walaupun berhadapan
pelbagai dugaan dan cabaran sejak bertunang awal tahun ini.















