Followers

Saturday, September 14, 2013

Filem Lemak Kampung Santan Full Movie


Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung yang bernama Tiqa.

Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat pembangunan terkemuka di tanah air. Manakala Tiqa (Neelofa) pula seorang penjual nasi lemak di kampungnya, Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan.

Tanpa mereka sedari, mereka senang dengan diri masing-masing walaupun hanya pada pertemuan pertama biarpun pada dasarnya mereka adalah dua insan yang berbeza. Apa yang tidak diketahui Tiqa adalah Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.
 
Sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan yang perit ini demi menjaga hati Tiqa dan penduduk lain kerana dia sudah mulai jatuh hati pada gadis itu. Tiqa juga tidak diberitahu tentang kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan di Bandar yang juga terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.