IKLAN TV Proton SUPRIMA S
Walaupun agak lewat untuk menaikkan artikel terbaru ini, namun aura pelancaran model hatchback yang dahulunya kita kenali sebagai P3-22A@C Hatcback masih lagi terasa. Kini dengan rasminya model ini dilancarkan dengan nama Proton SUPRIMA S. Pelancaran model terbaru Proton ini telah disempurnakan oleh Penasihat Proton, Tun Dr. Mathir Mohammad di Menara Matrade pagi tadi. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk ke sana namun dapat juga mengunjungi bilik pameran terdekat, Kanisma Edaran yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan.
Sebelum ini kita telah banyak mendapat info mengenai SUPRIMA S yang diambil dari perkataan SUPREME, manakala S pula membawa maksud SPORT. Model hatchback yang dibangunkan menggunakan platform yang sama dengan Prevé juga mendapat pengiktrafan 5 bintang ANCAP. SUPRIMA S telah mengambil model Ford Focus, Peugeot 308, Mazda3, Suzuki Swift dan Ford Fiesta sebagai penanda aras untuk membangunkan model hatchback ini. Bootnya yang agak luas 309/427 (ISO/Swept) adalah antara yang terbesar dalam kelasnya.
Buat permulaan hanya dua varian SUPRIMA S ditawarkan iaitu varian Executive dan Premium. Enjin CamPro 1.6 liter Turbo masih lagi menjadi nadi utamanya dan buat permulaan hanya transmisi CVT (Punch) dengan 7 kelajuan ProTronic bersama paddle shifter ditawarkan. Ada kemungkinan Proton akan memperkenalkan SUPRIMA S dengan transmisi manual enam kelajuan (Getrag) pada masa akan datang. SUPRIMA S dapat memecut dari 0-100 km/h dalam masa kurang dari 10 saat selain mampu mencapai kelajuan tertinggi 190 km/h dan tork tertinggi 205Nm.
Yang menariknya untuk kedua-dua varian dilengkapi dengan 6 beg udara, Hill Hold Assit, ESP, Rear LED Light Guide dan HU (Head Unit) yang menggunakan aplikasi Andriod dengan GPS sebagai ciri asas model ini. Untuk varian Executive akan mendapat rim 16 inci, lampu posisi hadapan dan kemasan dalaman fabrik. Varian Premium pula dilimpahi pelbagai ciri menarik seperti rim 17 inci, DRL, kamera undur, sensor parking hadapan dan belakang, paddle shift, kemasan dalaman kulit, ISOFIX & Top Tether Mount Point, Auto Cruise, Auto Wiper, Auto Headlamp, 6 pembesar suara (termasuk 2 tweeter) dan Auto Climate Air Conditioner.
SUPRIMA S didatangkan dengan 5 pilihan warna yang menarik, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Tranquility Black dan warna terbaru Atlantic Blue yang seakan warna biru Subaru Impreza WRX. Harga yang ditawarkan bermula dari RM76,338 hingga RM79,988 bakal menjadikan model ini sebagai pilihan terbaik kepada penggemar model hatchback. SUPRIMA S juga diberi jaminan 5 tahun dan percuma program Road Assist juga selama 5 tahun.
Harga Proton SUPRIMA S
Proton Suprima 1.6 Turbo CVT Executive
- Solid: RM76,338
- Metalik: RM76,688
Proton Suprima 1.6 Turbo CVT Premium
- Solid: RM79,638
- Metalik: RM79,988