Followers

Saturday, August 17, 2013

Adanan Sempit 3 Full Movie

MAT rempit yang bernama Adnan telah menjenamakan namanya dengan penuh gaya dalam filem Adnan Semp-It. Watak lakonan Shaheizy Sam itu semakin popular di layar perak yang mana terbaru sekuel ketiga filem itu, Adnan Semp-It 3 telahpun ditayangkan di pawagam sejak 8 Ogos lalu.
Adnan Sempit terus popular
Adnan Sempit 2013
Filem terbitan MIG Production Sdn. Bhd. itu ada tarikan serta pengikutnya yang tersendiri. Menurut penerbitnya, David Teo, ekoran keyakinan yang tinggi terhadap jenama Adnan Sempit, pihaknya kini sedang dalam persiapan untuk menjalani penggambaran Adnan Semp-It 4.
Kata penerbit berasal dari Segamat, Johor ini selain itu, Adnan Semp-It juga telah membuktikan menjadi antara filem terbitan MIG yang paling banyak mengaut kutipan tiket sewaktu tayangannya di pawagam termasuk Singapura sejak beberapa tahun yang lalu.
“Contohnya, Adnan Semp-It 2 mengutip kutipan tiket di pawagam serta termasuk langganan di Astro First dengan jumlah mencecah RM7.2 juta. Sebab itu, kami yakin Adnan Semp-It ada pengikutnya yang tersendiri sehingga kami tidak teragak-agak untuk menerbitkan sekuelnya.
“Dijangkakan Adnan Semp-It 4 akan mula menjalani penggambarannya sebelum hujung bulan ini. Kami memilih Bangkok, Thailand sebagai lokasi utama penggambaran filem itu,” kata David kepada Hits sewaktu ditemui pada pratonton Adnan Semp-It 3 di Petaling Jaya baru-baru ini.
Sementara itu, pengarah Adnan Semp-It 3, Ismail Bob Hashim juga agak terperanjat dengan pengumuman yang dibuat oleh David itu memandangkan filem arahannya itu baru sahaja ditayangkan di pawagam untuk tempoh dua minggu sempena Hari Raya Aidilfitri ini.
Jelasnya, keyakinan itu berdasarkan sambutan para penonton yang memberi sokongan kepada Adnan Semp-It yang dikatakan sentiasa menyajikan jalan cerita yang lebih matang berdasarkan plot ceritanya yang semakin berkembang berdasarkan keadaan semasa watak-watak di dalamnya.
“Saya ingatkan David mahu umumkan tentang Adnan Semp-It 4 selepas habis tayangan Adnan Sempit 3 di pawagam. Ini menunjukkan dia (David) yakin dengan sambutan para penonton terhadap filem itu yang mana kali ini jalan ceritanya dijangka akan lebih menarik lagi,” katanya.
Penggambaran Adnan Semp-It 4 misalnya, 90 peratus akan dijalankan di sekitar Bangkok dan 10 peratus lagi di Kuala Lumpur.
Pelakon yang melakonkan watak Adnan, Shaheizy Sam mengakui terpaksa menggalas tanggungjawab yang berat bagi memastikan filem sekuel paling banyak pernah dilakonkannya itu.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.