Followers

Sunday, July 14, 2013

POLIS KESAN PENYEBAR INFO PALSU

Polis Selangor memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyebar khabar angin dan maklumat palsu menerusi media sosial berhubung insiden pergaduhan di daerah Klang Utara di sini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata pergaduhan yang berlaku pada 10 Julai dan awal pagi ini bukan disebabkan rusuhan kaum sebaliknya berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati individu terlibat.

Menurut beliau, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS dan Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.