Followers

Sunday, June 9, 2013

Resepi Pizza Tuna

Resepi Pizza Tuna

BAHAN DOH PIZZA:
200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin tuna chunk in water
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
sos thousand island secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :
UNTUK DOH :- Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam , kacau rata dan tunggu berbuih.
Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh.
Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) . Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni boleh la di canai dalam anggaran setebal 0.5 cm dan diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je . Cucuk pada seleuruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10-15 minit . Bila doh dah masak keluarkan dan ketepikan sekejap bagi sejuk sikit .

Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan kepingan ikan tuna , bawang , sos thousand island dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar .Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.
Comments
3 Comments

3 comments:

blogger bumi lasinrang said... [Reply]

waduh buat terliur tengok pizza ini dimana bisa dapat nih

draudE A said... [Reply]

Lets cook hehhehe

obat pembesar penis said... [Reply]

wah enak nie pizza nya

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.