ORANG ASLI DI JERANTUT BERDEMONSTRASI
Akibat
isu pembalakan yang telah mencemar dan mengorbankan kehidupan mereka,
beberapa orang penduduk orang asal Sungai Kiol, di Jerantut Pahang
mengadakan demontrasi aman di hadapan Pejabat Perhutanan Jerantut pagi
tadi. Difahamkan, mereka adalah orang asli yang tinggal di kawasan Latar
Meraung dan sekitarnya.
Kemarahan itu berpunca ada pihak
tertentu yang menjalankan kerja-kerja pembalakan di kawasan mereka yang
dipercayai merupakan kawasan tadahan hujan. Akibat tindakan rakus pihak
terbabit menyebabkan kehidupan mereka terjejas, malah sumber air juga
mengalami masalah yang cukup kritikal.
Di negeri Pahang,
sememangnya adengan sebegini sering berlaku di sana sini. Masalah ini
sudah berlarutan sejak sekian lama dan hingga kini masih tiada jalan
penyelesaiannya. Tindakan orang asal dibuat selepas beberapa aduan
mereka tidak dilayan oleh pihak yang berkenaan selama ini. Soalnya,
sampai bilakah masa depan orang asli ini terpaksa diperkotak-katikkan
demi kerakusan pihak tertentu untuk mengejar keuntungan mereka
semata-mata