Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah merupakan antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat 5A. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril Adzim) cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendah oleh Sabariah.
Pada masa yang sama, Bukhari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dua tahun kemudian, Bukhari berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Perikanan. Selepas pemergian Bukhari, Sabariah menghantar Adawiyah ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, Adawiyah dibuli oleh Sari yang dengki terhadapnya. Bukan itu sahaja, Adawiyah turut diugut oleh seorang pekerja kantin di rumah berkenaan.
Sejak itu, Adawiyah hidup dalam ketakutan. Lapan tahun kemudian, Arman (Beto Kusyairy), berusia 35 tahun, kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus wajahnya bertembung dengan Adawiyah, yang sudah berusia 21 tahun, kelihatan ayu, sopan, lembut di tepi pantai. Adawiyah kemudiannya ke sebuah banglo untuk memulakan hari pertama sebagai guru kepada anak tuan punya banglo. Sebaik sahaja tiba, Adawiyah terkejut melihat Arman, tuan rumah di banglo tersebut.
Pada mulanya, Arman tidak yakin akan kemampuan Adawiyah untuk mendidik anaknya, Liliyana, sehinggalah Arman melihat sendiri perubahan pada anaknya yang sukar menerima orang baharu sebagai guru. Arman kemudiannya teringat, dia pernah menghadiahkan gelang kayu tasbih kepada kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Gelang itu masih dipakai oleh Adawiyah sehingga kini. Maka, terjalinlah hubungan antara Adawiyah dan Arman demi Liliyana.
Bukhari yang pulang dari Jepun mula menternak ikan dalam sangkar di kampung halamannya, Kampung Kuala Kubu. Ketika dia dan Adawiyah sedang berbual di telefon, muncul seseorang menjerut leher Adawiyah. Di kampung, Bukhari mendengar kekecohan itu melalui telefon, dia yakin Adawiyah dalam bahaya. Apakah yang berlaku kepada Adawiyah?
Siapa pula yang menyerang Adawiyah di rumah banglo milik Arman? Ada sesuatu yang masih tidak diceritakan oleh Arman kepada Adawiyah dan benarkah hubungan Arman dengan Adawiyah hanya kerana Liliyana? Saksikan ‘Hanya Padamu’, karya pengarah Faisal Ishak bersama pelakon berbakat, Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Nazeera Sardi dan ramai lagi, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 28 Disember ini di TV3
Tonton Hanya Padamu Episod 12, Slot Zehra TV3