Pelakon Popular Afdlin Shauki Bersama Anwar Dan Pimpinan Hamas Di Pejabat Keadilan
PANAS!! Artis Popular yang merupakan Ahli UMNO turut serta ketika Anwar serah sumbangan kepada Hamas..Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil pimpinan Hamas.
Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO..
Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega 2011.
Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarah yang melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?
Bersamalah kita nantikannya...
Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan..
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.
Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh Najib.
“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.
“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS. Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac 2008.”
Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.