Followers

Tuesday, January 29, 2013

Adam AF Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Sihir

Adam Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Sihir
Adam AF Boleh Ubatkan Orang Selepas Terkena Sihir - Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai artis yang satu masa dulu pernah menimbulkan fonemena fesyen ‘bandana’.

Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan, Adam AF.
Sebelum ini, penyanyi, Adam dikatakan sudah berhijrah untuk mendalami ilmu agama dan perubatan Islam sejak dari 2010 lagi.

Semuanya bermula sejak ahli keluarganya jatuh sakit akibat terkena perbuatan sihir, ditambah pula dengan minat Adam yang ingin belajar perubatan Islam dengan lebih dekat.

Sejak itu Adam berguru dengan Haji Musa, di Sabah untuk memudahkannya mengubati ahli keluarga yang terkena ilmu hitam itu.

Bukan saja ahli keluarga terdekat, Adam juga mengakui dirinya turut terkena perbuatan sihir berkenaan.

Selepas mempelajari ilmu ini, Adam kini sudah bersedia untuk membuka pusat rawatan Islamnya sendiri, Nur Khalifah Al-Hasan yang dijangka beroperasi di Kota Damansara pada Mac ini.

“Sebelum ini, saya hanya mengubat ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang datang untuk meminta bantuan. Kini, saya yakin untuk mengubati orang ramai pula.

“Antara penyakit yang diubati ialah gangguan saka, kencing manis dan darah tinggi. Dari segi bayaran atau ‘mahar’ pula bergantung pada jenis dan tahap penyakit dihidapi pesakit berkenaan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro, hari ini. – MyNewsHub
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.