Sambungan daripada ‘post’ semalam, saya kongsikan lagi 6 tips yang boleh diamalkan oleh isteri/suami dalam usaha untuk mengecapi rumahtangga yang romantik, ceria dan bahagia selamanya. Klik sini
Berikut adalah 6 tips yang dimaksudkan itu. Sama2lah kita untuk cuba mengamalkannya.
1-Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.
2-Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan suami.
3-Jangan malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazimnya ungkapan cinta banyak diucapkan oleh pasangan2 yang sedang hangat bercinta.
4-Di celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak atau cucu.
5-Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang kepada pasangan.
6-Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.