Followers

Tuesday, December 6, 2011

Banjir: Thailand rugi AS$600 juta

  Banjir: Thailand rugi AS$600 juta

ZURICH 6 Dis. - Syarikat gergasi insurans, Swiss Re hari ini menganggarkan kerugian akibat banjir terburuk di Thailand mencecah AS$600 juta (RM1.88 bilion), serta memberi amaran kemungkinan jumlah itu akan meningkat.








Ketua pegawai penaja jaminan syarikat tersebut, Brian Gray berkata , kerugian sebenar tidak dapat dianggarkan kerana beberapa kawasan masih ditenggelami air.


"Kesan banjir terhadap ekonomi Thailand dan aktiviti perniagaan sangat besar dan mungkin hanya boleh bertahan untuk tempoh tertentu sahaja," katanya dalam satu kenyataan.


Gray berkata, banjir terburuk dalam tempoh berpuluh-puluh tahun itu turut memaksa beberapa kompleks perindustrian ditutup, dengan kilang ditenggelami air sedalam beberapa meter selama berminggu-minggu.


Jelasnya, situasi itu turut menyebabkan komponen penting tidak dapat dihasilkan untuk syarikat pembuat kereta dan pengeluar elektronik.


"Kira-kira 1,500 kawasan industri terjejas akibat banjir tersebut," katanya.


Sekurang-kurangnya 675 orang maut dan berjuta-juta penduduk terjejas selepas banyak kawasan di Thailand dilanda banjir. - AFP
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.