Followers

Wednesday, November 9, 2011

Tujuh Anggota Polis Johor Peras Ugut Rakyat


Tujuh Anggota Polis Johor Peras Ugut Rakyat

"Apa sudah jadi ni, Johor patutnya negeri paling selamat, paling kurang kes jenayah, tapi polisnya ada banyak kes. Terbaru kes peras ugut pula. Sebelum ini kes belasah orang awam. Tolonglah semua rakyat 1Malaysia percaya, Johor negeri paling selamat , kerana polisnya cekap, mesra dan betul

Laporan Polis belasah orang awam di Johor di SINI

Kisah pegawai Polis jadi pengedar dadah, pegawai SPRM jadi penyamun, anggota Tentera jadi perompak yang dilaporkan sebelum ini di SINI dan di SINI

Peras Ugut, Tujuh Anggota Polis Johor Ditahan

JOHOR BAHARU, 8 Nov 2011 : Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka ditahan pada 3 pagi di kawasan Plentong di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai ASP Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.

"Mereka terdiri daripada anggota sekatan jalan raya yang beroperasi di lokasi sekatan jalan di kawasan pentadbiran Balai Polis Plentong," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Mohd Mokhtar berkata kesemua anggota polis berumur 20 hingga 35 tahun itu kini direman semalam empat hari. -BERNAMA

Sumber: mstar.com.my"
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.