Followers

Wednesday, November 9, 2011

Pasangan penguin gay akan dipisahkan


Pasangan penguin gay akan dipisahkan

PEDRO (kanan) dan Buddy sering dilihat bersama di dalam kurungan Zoo Toronto, Kanada.

TORONTO, Kanada - Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.

Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas 'mereka' mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan. - Reuters


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.