Followers

Friday, November 11, 2011

Ajoi Bersama isterinya


Cincin Berlian Ajoi

Isteri Ajoi merengek meminta hadiah ulang tahun perkahwinannya dengan sebentuk cincin berlian.Kerana malas nak layan rengekan isterinya, Ajoi pun membeli sebentuk cincin berlian yang sangat cantik kepada isterinya.

Isteri Ajoi sangat gembira dan teruja tapi Ajoi meminta isterinya berjanji.

Ajoi: Mama, cincin ni abang kasi pada mama tapi mama mesti berjanji jangan menunjuk kepada kawan-kawan mama.

Isteri Ajoi: Ok bang, takde masalah.

Ajoi: Betul ni ma? kalau mama melanggar janji ni, mama akan menyesal…

Isteri Ajoi: Ok bang, kalau saya melanggar janji nih, saya akan menanggung akibatnya.



Beberapa hari kemudian, isteri Ajoi naik angin satu badan, sangat marah pada Ajoi.

Isteri Ajoi: Abang ni memang melampau tau..!

Ajoi: Kenapa mama?

Isteri Ajoi: Tadi semasa mama lepak-lepak dengan ahli mesyuarat tingkap, saya tunjukkan cincin berlian yang abang belikan. Rupanya CINCIN BERLIAN PALSU! Saya maluuuuuu..! Mana mama nak letak muka!

Dengan selamba, Ajoi menjawab…

Ajoi: Kan sesuai dengan janji mama, mama akan menanggung akibatnya jika langgar janji tunjuk cincin ni pada kawan-kawan mama..

Isteri Ajoi: &*!(@)@&#&!!!!


Comments
1 Comments

1 comments:

manis said... [Reply]

Menarik!!! hehehe

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.