Followers

Tuesday, October 25, 2011

Susu Ibu bagi merawat penyakit Sosial


SUSU IBU BAGI MERAWAT PENYAKIT SOSIAL DALAM MASYARAKAT


Kelebihan Susu Ibu

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula. Seperti susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tujuan tumbesaran bayi.


Perkara yang perlu diambil perhatian 
bagi pengguna susu formula

•Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
•Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu.Walaupun begitu, ciptaan Allah S.W.T tetap yang terbaik ,antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula dan ini menjadikan susu ibu makanan paling baik untuk bayi..
•Susu ibu adalah percuma dan tidak perlu pergi ke supermarket untuk membelinya,ianya menjimatkan
•Hygienic tidak perlu menjerang air panas atau mencuci botol ,mudah dan selesa..
•Terjalin bonding antara anak dan Ibu,ini membuatkan anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu.
•Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.


Susu Ibu dalam konteks Islam

Dalam Islam kita perlu maklum,terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menyebut mengenai penyusuan susu ibu dan bagaimana perasaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa terhasil dari penyusuan susu Ibu yang sempurna.

(Surah Luqman : 14)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

(Surah al-Ahqaf: 15)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Konsep susu Ibu angkat di zaman jahiliah
Dalam budaya masyarakat Jahiliyyah , mereka dahulu mengamalkan secara meluas konsep susu ibu angkat. Keluarga Nabi Muhammad saw adalah keluarga bangsawan. Datuknya Abdul Muttalib adalah orang besar Mekah. Kalau setakat nak dapatkan susu kambing, susu unta bukanlah sesuatu yang susah bagi keluarga baginda. Tetapi baginda masih ada seorang ibu susuan yang bernama Halimah as-Saadiah.Megapa ini berlaku????Persoalan yang perlu dirungkaikan oleh ilmuan Islam

Pada hemat saya penyusuan susu ibu adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghasilkan generasi yang baik untuk merawat penyakit sosial dalam masyarakat. Bonding yang berlaku antara si ibu dan si anak selepas penyusuan yang sempurna dapat menghasilkan satu keperibadian insan yang kuat dan berakhlak tinggi.
Malah dalam ayat Al Quran yang saya kongsikan di atas, menyebut tentang perasaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa akan terhasil apabila mendapatkan penyusuan susu ibu yang sempurna. Walaupun barangkali belum ada kajian saintifik mengenai hal ini, tetapi saya percaya terdapat banyak lagi hikmah yang tersembunyi di sebalik amalan penyusuan susu ibu.


Bila kita akan sedar?

Sudah tiba masanya bagi semua umat Islam menyedari hakikat sebenarnya tentang persoalan ini.Para ilmuan Islam,Ulama,mufti dan pakar penyelidik Islam perlu peka tentang gejala penyakit sosial yang sedang menimpa umat Islam.Kajian yang lebih terperinci dan saintifik dari sudut pandangan Islam perlu dilakukan segera bagi merawat masalah penyakit sosial ini daripada merebak ke generasi yang akan datang.Para Ibu dan bakal Ibu perlu di sedarkan dari mengambil sikap yang mudah tentang perkara ini. Adalah menjadi kewajipan kita bersama bagi melahirkan generasi yang beraklak tinggi dan berkeperibadian mulia bebas dari penyakit sosial yang amat membimbangkan.


Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.