Followers

Friday, June 28, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 12


Tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 12

Sinopsis:
Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

 
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish


Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 10 FULL

Grilled Salmon Salad


Grilled Salmon Salad
Oleh: Yusniza Kassim

Bahan utk Salad:

Tomato
Carrot
Lada Benggala
Kubis Ungu
Daun Salad (semua di atas dihiris halus)

Brokoli & Kubis Bunga (dicelur dahulu)

Mayonis

ikan Salmon & Minyak Bijan (diperap sekejap dengan sos lada hitam@sos tiram sebelum dimasak di dalam kuali)

Siap...Senang & Menyihatkan.

Resepi Puding Roti Karamel


Puding Roti Karamel
Oleh:Rosnani Abdul Rahman

bahan2:-
3 sudu besar gula pasir utk dijadikan gula hangus(karamel)
4 keping roti gardenia
3 biji telur gred A
2 cwn air suam @(1 cwn susu cair+1 cwn air suam)
1/2 cwn susu pekat manis
1 sudu kecil essen vanilla

cara2:-
buat gula hangus(karamel) dahulu:-
masukkan gula kedalam periuk,masak hingga gula jadi perang(guna api yg kecil je)
kemudian masukkan 1 sudu besar air(hati2 gula panas)
kacau hingga gula sebati dan padamkan api...
tuangkan terus ke dalam loyang...dan ketepikan dulu.........................

panaskan pengukus,kemudian koyak2 kan roti dan blender bersama2 dgn air suam dan susu..
kemudian masukkan telur dan essen vanilla..blend sampai sebati
kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yg brisi gula hangus tadi dan kukus lebih kurang 40-50 mnt atau sehingga masak..
sejuk kan dan boleh dihidang..

Thursday, June 27, 2013

misiku kuza episode 8


misiku kuza episode 6 
 Saksikan drama bersiri terbaru, Misiku Kuza, setiap Isnin, 10 malam di Astro Ria (104)

KEK SAMBUT ORANG BARU DI LONDON


London: Bagaimana dengan kek hari jadi ini? Tukang masak kini meraikan keajaiban hidup dengan membuat kek berupa bayi yang baru dilahirkan.

Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya. 

Sebilah gunting yang dibuat daripada gula aising melengkapkan hadiah selamat datang ke dunia yang cukup pelik itu. 

Sebiji kek menunjukkan kepala, lengan dan kaki muncul dari kek berbentuk glob bumi yang dihias dengan corak bunga.

Manakala kek lain menunjukkan seorang bayi yang bogel meniarap sambil menghisap puting.


Satu lagi rekaan agak menakutkan apabila menunjukkan dua kepala bayi bercantum dengan mata putih tersembul. 

Hidangan kek berkenaan dibuat bagi menyambut kehadiran insan cilik yang baru lahir. 

Bagaimanapun, mungkin terdapat anggota keluarga yang tidak tergamak untuk memotong kek berupa bayi seakan-akan hidup itu.

Satu rekaan yang mungkin boleh dimakan ialah buah tembikai berbentuk bakul yang diisi dengan pelbagai jenis buah-buahan kelihatan seolah-olah seperti bayi di dalam kereta sorong.

BAHAYA AJINOMOTO BAHAYA

AJINOMOTO BAHAYA
Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”


Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.


Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus

Wednesday, June 26, 2013

TEDUHAN KASIH EPISODE 25


TEDUHAN KASIH
SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 15 mei 2013
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
PELAKON: Rizal(Shah Iskandar), Nabila Huda , Adi Putra(Ehsan)
ADAPTASI : Novel teduhan Kasih
OST LAGU TEMA:  Hanya Aku - Hyper Act.
TEDUHAN KASIH EPISODE 25
Kedatangan Nurlisa kali ini memang dengan perasaan yang amat marah. Tambahan pula semasa mengemas bilik beberapa hari sebelum itu, Ehsan telah menyuruh makcik Hanim menyimpan semua baju Nurlisa dalam bilik stor. Masa dia datang kebetulan pula Ehsan tidak ada dirumah… dan Nurlisa telah mengambil kesempatan untuk memaki hamun dan menuduh Iffa sebagai perempuan murahan yang menjadikan anak sebagai bahan dagangan untuk mendapatkan laba. Masa itu Iffa hanya terdiam… malas dia nak melayan Nurlisa. Tetapi kemudian dia menjawab juga sedikit menyatakan yang apa kurangnya Nurlisa… yang menggunakan tubuh badannya sabagai perantaraan untuk mengikis kekayaan orang lain. Nurlisa cukup marah … dan masa itu juga Mak cik Hanim mengatakan Iffa lah perempuan mulia yang telah mengubah kehidupan Ehsan. Nurlisa berlalu dengan marah. 

Tips Diet Untuk Kekal Muda

altAdakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?

Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.

Petua Cantik Dengan Ciptaan Allah

alt
Semua orang pasti mengimpikan rambut yang cantik dan sihat. Masalah rambut gugur, bercabang atau berkelemumur merupakan antara masalah rambut yang sinonim diperkatakan. Hakikatnya, terdapat pelbagai jenis masalah rambut yang menghantui diri kita. Oleh itu, pelbagai produk penjagaan rambut di komersialkan. Namun, masalah rambut kita masih tidak dapat di selesaikan.
Justeru itu, cara tradisional mula menjadi pilihan. Di samping murah, mudah dan tidak mempunyai bahan kimia, cara tradisional membuatkan kita lebih menghargai ciptaan Illahi serta mendalami hikmah setiap ciptaanNya. Dan yang paling menyakinkan kehalalannya kerana kita yang menyediakannya sendiri.
Jom kita intai petua untuk rambut yang cantik dan sihat ^^
Petua 1 :: Mengelakkan Rambut Gugur ::
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin hingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang satu jam dan di cuci bersih.Ulangi beberapa kali selama seminggu. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.
Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut
Petua 2 :: Elak Rambut Gugur-Rambut Lembut Dan Harum ::
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
Petua 3 :: Rambut Berminyak ::
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaAllah masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.
Petua 4 :: Masalah Rambut Kering ::
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalan 20 minit dan bersihkan.
Petua 5 :: Menghitamkan Rambut ::
Bakar isi kelapa tua kemudian di parut dan dapatkan patinya. Lumurkan pada kepala hingga 10 minit dan bersihkannya.
Petua 6 :: Rambut Berbuah ::
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Petua 7 :: Meluruskan Rambut ::
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Petua 8 :: Rambut Cepat Panjang ::
Ambil beberapa batang serai, kemudian ketuk serai agar batangnya pecah sedikit dan rebus selama beberapa minit sehingga naik aroma. Setelah itu, sejukkan. Ambilkan air rebusan serai tadi dan sapukan di kepala. Selain mempercepatkan proses pemanjangan rambut ia juga mampu menyejukkan kulit kepala.
Petua 9 :: Elak Rambut Mudah Beruban ::
Bancuh sedikit minyak kepala, lender dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian lumurkan pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas hingga bersih.
Petua 10 :: Melebatkan Rambut ::
Lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, bilas sehingga bersih. Amalkan dua minggu sekali.
Petua 11 :: Rambut Bercabang ::
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lender. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung berserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut. Perap dengan tuala selama 10 minit dan kemudian bilas dan keringkan rambut. Amalkan dua kali seminggu.
Selamat Mencuba!!!

Tuesday, June 25, 2013

Rahsia Atasi Perut Buncit

alt
Ia memang rahsia, dan ianya telah disimpan selama 100 tahun. Namun, anda adalah pembaca bertuah kerana saya akan bongkarinya khas untuk anda. Rahsia ini berkaitan dengan bagaimana mengatasi masalah perut buncit.  Ya, rahsia purba tentang mengatasi masalah perut buncit.
Anda senyum? Tidak mengapa.. Jika hanya ‘disebut’ sahaja membuat anda tersenyum, bagaimana pula jika anda berada di kalangan mereka yang memiliki perut yang buncit. Anda pula yang akan mendapat ‘senyuman’ daripada orang sekeliling anda. Walaupun anda memakai baju mengikut ukuran badan anda, namun kadang kala masalah perut buncit masih lagi kelihatan. Malah lebih menyedihkan anda ada yang menerima perlian daripada rakan-rakan. Walau pun mungkin hanya gurauan bagi mereka, tetapi dalam hati anda, hanya tuhan saja yang tahu!
Jika lelaki akan menerima perlian…
“Besar pouch bag awak.. apa isinya?”.
Kalau perempuan pula lagi segan..
“Mengandung lagi ke? Aikk.. cepatnya”
Siapa tak malu jika memiliki perut yang buncit ni. Jika perut buncit tapi bawa Ferrari, itu lain cerita.. tapi jika perut buncit sebab nafsu makan yang luar biasa. Ada sesuatu di depan mata yang menyedapkan semua pasti di ‘kebas’. Itu yang susah tu.
Tapi usah risau. Kali ini, saya akan muncul sebagai penyelamat walaupun saya tahu 95% mereka yang membaca rahsia ini hanya membaca sahaja dan tidak melakukan, lagi 4% akan melakukan selama 3 hari sahaja dan lagi 1% … agak saya lah, mereka teruskan selama 2 minggu. Agakkan saja saja ya,
Apa pun saya rasa anda tidak lah begitu. Saya yakin, anda seorang yang berjiwa kental, kekal dengan matlamat mahu memusnahkan perut buncit anda tersebut. Namun, ianya ianya tidak akan berguna sekiranya anda tidak bermula dengan tindakan yang positif. 
Takkan hilang perut buncit jika anda masih terus duduk di hadapan sofa sambil minum coke. Sia-sia jika hanya berharap sekadar keinginan semata-mata. Jawabnya sampai ke tahun hadapan perut anda masih akan mara ke depan.
Semoga tips step by step ini berguna untuk anda. Saya mengharapkan agar anda tergolong dalam golongan 1%  iaitu orang yang melakukan. Orang yang mempunyai keinginan yang kuat dan dibuktikan dengan perbuatan.
 Berikut adalah tips rahsia purba bagaimana untuk menghilangkan perut buncit.
Step 1 : Kempiskan perut buncit
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. “Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?”
Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.
Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli denganplanking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?
Step 2 : Bakar lemak perut buncit
Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada suku. Boleh kan? =)
Saya akui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.
Step 3 : Nyahkan/ Buangkan perut buncit
Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.
Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.
Step 4 : Mengtong sampahkan perut buncit
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai ‘whole grain’. Apakah whole grain ini? Contoh makanan ‘whole grain’ untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)
Saya akui harganya memang sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan. 
 Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.
Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa.  Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..
Selamat mencuba!

TEDUHAN KASIH EPISOD 24




TEDUHAN KASIH
SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 15 mei 2013
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
PELAKON: Rizal(Shah Iskandar), Nabila Huda , Adi Putra(Ehsan)
ADAPTASI : Novel teduhan Kasih
OST LAGU TEMA:  Hanya Aku - Hyper Act.
TEDUHAN KASIH EPISODE 23
Kedatangan Nurlisa kali ini memang dengan perasaan yang amat marah. Tambahan pula semasa mengemas bilik beberapa hari sebelum itu, Ehsan telah menyuruh makcik Hanim menyimpan semua baju Nurlisa dalam bilik stor. Masa dia datang kebetulan pula Ehsan tidak ada dirumah… dan Nurlisa telah mengambil kesempatan untuk memaki hamun dan menuduh Iffa sebagai perempuan murahan yang menjadikan anak sebagai bahan dagangan untuk mendapatkan laba. Masa itu Iffa hanya terdiam… malas dia nak melayan Nurlisa. Tetapi kemudian dia menjawab juga sedikit menyatakan yang apa kurangnya Nurlisa… yang menggunakan tubuh badannya sabagai perantaraan untuk mengikis kekayaan orang lain. Nurlisa cukup marah … dan masa itu juga Mak cik Hanim mengatakan Iffa lah perempuan mulia yang telah mengubah kehidupan Ehsan. Nurlisa berlalu dengan marah. 

Hanya Kau Dan Aku

bunga
“Lalu ada siapa?”
Mamat tahu langit yang akan ditatapnya esok, tetap akan sama dengan langit yang ditatapnya sekarang. Kalau berbeza sekalipun, mungkin larik-larik awan. Entah mengapa angin hari ini kuat. Mungkin angin kuat itu juga yang menjadi berus langit, mewarnanya dengan awan. Ah, itu logik Mamat. Logik orang kampung.
“Kalau hanya aku? Mengapa?”
Murni tidak pernah berasa seperti ini. Tangannya sesekali berasa sejuk, seperti kurang darah. Digosok-gosok tapak tangannya, semoga darah kembali ke situ. Tidak tahu Murni atas sebab apa dia buat begitu, cuma biasanya di filem-filem barat yang ada salji memang itulah cara mereka, mengosok-gosok tapak tangan. Tetapi Murni tetap berasa tangannya sejuk.
“Kalau hanya ada kau, itu hal besar. Kau tahu, aku perempuan dan kau lelaki. Memanglah ilmu agama aku tidak tinggi, tapi aku tahu tinggi mana nafsu orang seperti kita, yang kurang ibadahnya.”
Mamat cuba tersenyum, tetapi tertahan entah di mana. Sekejap terasa tertahan di dada, sekejap terasa tertahan di kerongkong. Susahnya juga mahu senyum pada sesuatu yang bernama kebenaran. Mungkin sahaja kerana kebenaran itu tidak memihak kepada dia.
“Kalau begitu, kita pulang sahaja.”
Murni berpaling memandang jalan raya tar yang belum diberi garis. Rumput-rumput di tepi jalan sudah meninggi. Tidak ada yang mahu memotongnya kerana upah yang ketua kampung beri, adalah upah tahun 70-an. Rendah dan menghina. Fikiran Murni larut pada rumput-rumput yang meninggi itu, dia tersenyum.
“Itulah yang seeloknya.”
Mamat ke barat dengan langkah yang seperti punya mata, memandang ke langit, melihat awan yang dia tahu ada namanya, tetapi dia tidak peduli. Kerja memberi nama kepada alam ini adalah kerja orang putih. Itulah fikirnya. Namun sesekali dia tetap yakin, langit itu akan tetap sama, hari ini, esok, lusa dan sehingga dia mati. Langkahnya pun menjauh.
“Saya balik dulu.”
Murni ke timur. Ke arah rumput yang meninggi. Tangannya sudah mula terasa darahnya, panas. Aneh rasanya. Kuasa apa yang membuat tangannya sejuk tadi? Biarlah kuasa apapun. Yang penting, dia tahu dia semakin jauh, dan fikirannya terus kepada soalan, mengapa jalan tar itu belum diberi garis?
—-
Ingat hadis Nabi s.a.w. :
“Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan.” (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Piala FA 2013 : Tiket habis 2,000 penyokong merusuh


Piala FA: Tiket habis, 2,000 penyokong merusuh
 
25 Jun 2013

KOTA BHARU - Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter tiket seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap pada Sabtu ini.

Tindakan terbabit menyebabkan pintu masuk orang kenamaan (VVIP) turut mengalami kerosakan akibat dirempuh sekumpulan penyokong.-sn

Monday, June 24, 2013

TEDUHAN KASIH EPISODE 23




TEDUHAN KASIH
SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 15 mei 2013
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin hingga Khamis.
PELAKON: Rizal(Shah Iskandar), Nabila Huda , Adi Putra(Ehsan)
ADAPTASI : Novel teduhan Kasih
OST LAGU TEMA:  Hanya Aku - Hyper Act.
TEDUHAN KASIH EPISODE 23
Kedatangan Nurlisa kali ini memang dengan perasaan yang amat marah. Tambahan pula semasa mengemas bilik beberapa hari sebelum itu, Ehsan telah menyuruh makcik Hanim menyimpan semua baju Nurlisa dalam bilik stor. Masa dia datang kebetulan pula Ehsan tidak ada dirumah… dan Nurlisa telah mengambil kesempatan untuk memaki hamun dan menuduh Iffa sebagai perempuan murahan yang menjadikan anak sebagai bahan dagangan untuk mendapatkan laba. Masa itu Iffa hanya terdiam… malas dia nak melayan Nurlisa. Tetapi kemudian dia menjawab juga sedikit menyatakan yang apa kurangnya Nurlisa… yang menggunakan tubuh badannya sabagai perantaraan untuk mengikis kekayaan orang lain. Nurlisa cukup marah … dan masa itu juga Mak cik Hanim mengatakan Iffa lah perempuan mulia yang telah mengubah kehidupan Ehsan. Nurlisa berlalu dengan marah. 

Saturday, June 22, 2013

Keadaan Jerebu Di Bandar Muar, Johor


Keadaan Jerebu Di Bandar Muar, Johor... Untuk Makluman, Muar & Ledang Di Johor Diisytihar Darurat Berkuatkuasa Serta Merta..
 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.