SINGAPURA - Seorang penganggur wanita dipenjara sebulan selepas didapati bersalah menendang seorang jururawat yang hamil tujuh bulan, Februari lalu.
Neoh Sok Hoon, 34 , dalam laporan ST mengaku bersalah di mahkamah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 25 tahun di Hospital Alexandra.
Terdahulu, Neoh dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng selepas mengalami sawan sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan keesokan harinya.
Kejadian itu selepas, jururawat terbabit meminta Neoh memperlahankan suara ketika bercakap di telefon.