Followers

Sunday, December 8, 2013

Seramai 30 penumpang nyaris maut

30 penumpang nyaris maut, bas terbalik 
Seramai 30 orang termasuk dua pemandu bas nyaris maut setelah bas yang dinaiki mereka terbalik di Kilometer 140.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang di Kemamam, awal pagi tadi. Kejadian kira-kira 3 pagi tadi berlaku apabila bas eskpres yang membawa 30 penumpang itu dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Johor Bharu. Kesemua penumpang yang berusia 16 hingga 66 tahun hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. - Foto Bernama

KEMAMAN - Seramai 30 penumpang nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 140.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi, apabila bas eskpres tersebut yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju Johor Baharu dikatakan cuba mengelak dari melanggar seekor babi yang sedang melintas jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam berkata ekoran itu pemandu bas tersebut yang berusia 54 tahun gagal mengawal basnya lalu merempuh penghadang jalan sebelum bas itu terbalik ke dalam tebing sedalam tiga meter.

"Ketika kejadian, jalan agak basah selepas hujan dan akibat mahu mengelak itulah, menyebabkan bas berkenaan menggelongsor di bahu jalan lalu terbalik," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lapan penumpang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kemaman manakala pemandu bas berkenaan turut cedera ringan. - Bernama
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.