MB
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kemudiannya mengagih-agihkan roti
Gardenia kepada mereka yang kelaparan
SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad
menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia
mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang
kelaparan.
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan
Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan
itu.
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak
kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu
lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad
kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala
Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu.
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur,
Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti
tersebut.
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.