Followers

Sunday, December 15, 2013

Farawahida Sah Bergelar Isteri Shukur


Selepas berteka teki tentang siapa bakal suami beliau, hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Taiping, Perak — Farawahida telah sah bergelar isteri kepada Abdul Shukur Bin Mohd Zain tepat jam 10.30 pagi tadi dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Naib Kadi Air Kuning, Taiping, Ustaz Imannuddin Zakaria.
Laporan Media Hiburan hari ini menyebut yang Farawahida menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dua bentuk cincin selain menerima tujuh dulung hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan dulang.

Majlis resepsi perkahwinan Farawahida & Shukur akan berlangsung malam ini juga di Taiping dan akan mengambil tema Glamour Extravaganza. Tahniah buat pasangan ini dan keluarga mereka, semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke akhirnya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.