Followers

Thursday, December 12, 2013

Adi Putra Tidak Bersalah, Kes Skandal Isteri Orang

ohmedia-kes-adiputra-digugurkan-1

Susulan kes yang mengaitkan pelakon lelaki popular Adi Putra yang kononnya mempunyai skandal dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang terjawab apabila keputusan rasmi daripada siasatan polis telah diklasifikasikan sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
“Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.
“Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
ohmedia-kes-adiputra-digugurkan-2

Keputusan itu diumumkan oleh Adi dalam satu sidang media yang diadakan semalam dan turut ditemani oleh isterinya Zuhaidah Yusof serta tiga orang peguam.
Menurut Adi, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap segalanya telah selesai. Namun begitu, Adi juga memberitahu bahawa sekiranya masih ada pihak yang cuba mengaitkan dengan niat untuk menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti maka dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini.
“Saya tenang sepanjang tempoh ini dan ia tidak mengganggu saya kerana sokongan dan doa daripada orang-orang terdekat dengan saya. Kerjaya dan kehidupan peribadi juga tidak terganggu malah ia sebenarnya menguatkan lagi diri saya,” tambah Adi yang beryukur diatas segala sokongan yang diberikan kepadanya.
Ditanya tindakannya terhadap wanita yang dikaitkan dengan isu ni, Adi memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak untuk menghalang pihak berkenaan namun sekiranya isu ini masih cuba dibangkitkan untuk memburukkanya, Adi juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kerana ini adalah pengakhiran bagi pihaknya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.