Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Mesyuarat Agung ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak sah dan memerintahkan mesyuarat itu diadakan semula sekaligus jawatan presiden Seniman yang dijawat oleh aktor Zed Zaidi turut dilucutkan.
Zed Zaidi yang diminta mengulas tentang perkara tersebut memaklumkan bahawa dia tidak tahu tentang penarikan jawatannya itu kerana berada di Bangkok kerana mengikuti lawatan anjuran Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) semasa keputusan itu dibuat.
“Saya tidak tahu berhubung hal ini, sebelum saya mendapat sebarang kepastian seperti surat bertulis, saya tidak dapat memberikan sebarang komen. Apabila saya sudah mendapat maklumat berhubung perkara ini, saya akan maklumkan kepada pihak media,” jelas Zed Zaidi.
Sehubungan pembatalan mesyuarat tersebut, Mahkamah telah memerintahkan tujuh dari lapan defendan membayar kos perbicaraan sebanyak RM60,000 kepada Seniman serta menanggung kos ganti rugi khas RM56,000 kepada plantif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran, Roslinda BUang, Mior Ahmad Zaudi, Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.
Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan kedua hingga empat. Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.