Followers

Sunday, November 10, 2013

Pelakon Ahmad Busu meninggal dunia

KLANG: Pelakon dan pelawak veteran Ahmad Busu, 60, yang lebih dikenali sebagai Mat Deris dalam sitkom `Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia akibat strok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal malam tadi.

Beliau yang menghidap diabetes sejak 20 tahun lalu, sebelum ini dilaporkan terkena serangan strok dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum dirawat di HTAR hingga menghembuskan nafas terakhir, kira-kira 8 malam tadi.

Jenazah beliau akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Sri Andalas Klang dekat sini.

Foto

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Ahmad sering digandingkan dengan Imuda yang memegang watak Budin dalam siri komedi popular pada 1980-an hingga 1990-an itu yang mengisahkan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Kampung Seri Wangi.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.