Followers

Thursday, November 14, 2013

Mursi mahu saman tentera

Mursi mahu saman tentera 
Mursi ditahan pengawal Rumah Republikan dan unit elit pada 3 Julai lalu di Kaherah

KAHERAH - MESIR  Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi bercadang menyaman tentera selepas mendakwa, beliau diculik sebelum penyingkirannya, Julai lalu.

Peguamnya, Mohamed al- Damati melaporkan, Mursi sebagai berkata, beliau diculik  sejak 2 Julai hingga 5 Julai dan secara paksa diarah menginap di rumah Pengawal Republikan sehingga beliau dan pembantunya sekali lagi diarah berpindah ke pangkalan tentera laut selama empat bulan.

“Presiden bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap rampasan kuasa. Rakyat Mesir perlu tahu  perkara sebenar,” katanya selepas melawat Mursi di penjara dengan pasukan peguam.

Menurutnya, susulan pengakuan Mursi, pihak peguam  kini mempunyai fakta kukuh untuk dibentangkan kepada pihak pendakwaan untuk menyifatkan perbuatan tentera itu sebagai jenayah.

“Fakta itu juga disokong apabila Mursi ditahan seawal 2 Julai, sehari sebelum tentera merampas kuasa. Fakta lain bersangkutan adalah tindakan ketua tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan rancangan untuk pilihan raya sejurus Mursi digulingkan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu boleh difailkan ke mahkamah pentadbiran untuk membatalkan rancangan Abdel Fattah kerana berusaha menjatuhkan presiden.

“Sehingga kini, presiden masih enggan mengiktiraf mahkamah yang cuba mendakwanya,” katanya dipetik Press TV

Sementara itu, Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun terhadap 12 penyokong Mursi kerana menyerang ibu pejabat Al- Azhar Oktober lalu.

Laman web pergerakan  Ikhwanul Muslimin melaporkan, kesemua mereka adalah pelajar di universiti Al -Azhar.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright 2011 ILMU PEDOMAN HIDUP
Theme by perantaucyber
Template Powered by Blogger.